Adidas Predator Mania Sudah Keluar, Meraikan Kegemilangannya

Adidas telah memutuskan untuk membuat dan mengeluarkan ‘remade’ untuk boots ikonik mereka iaitu Predator Mania, dan tersedia untuk korang beli.

Ianya dilancarkan sebelum Hari Natal 2019 dengan nama Predator Mania juga. Tengok gambar di bawah ni pun nampak menawan.

Sebut sahaja Adidas Predator, pasti korang akan teringat nama-nama legenda seperti  Zinedine Zidane, Steven Gerrard, Alessandro del Piero, David Beckham, Raul, dan ramai lagi.

Zaman kegemilangan Adidas Predator ini adalah pada 2002. Dan ianya terus menjadi salah satu jenama kuat oleh Adidas.

Predator memiliki ramai peminat mereka yang tersendiri kerana gayanya yang elegan dan juga rekaan lidah kasutnya yang menawan seperti Lalisa.

Memakai Adidas Predator di padang bola sepak pastinya satu kebanggaan dan kepuasan. Tapi tu la, harga dia memang agak Yahudi sikit. Ambik replika pun dah cukup la.

Sebelum ini warna hitam, warna champagne, dan biru adalah warna asal untuk Adidas Predator.

Tetapi kali ini, syarikat barangan sukan gergasi dari Jerman itu mengeluarkan rekaan cleats klasik dengan warna  merah dengan garis ikonik 3 garisan Adidas berwarna perak metalik.

Ye la, nama pun versi sempena hari Natal. Kenalah merah.

Kalau korang nak versi lain pun ada, Predator Mania 19. Macam kat bawah ni. Ada yang versi tanpa tali.

Dalam beberapa perlawanan sebelum ini pemain seperti Ivan Rakitic dan juga Alvaro Morata antara mereka yang sudah memakai boots Adidas Predator Mania ini.

Dan sekali lagi, sudah tentunya, Encik Predator iaitu David Beckham menjadi legenda yang akan mempromosikan boots ini.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang rekaan dan juga harganya, korang boleh buka artikel di bawah ni.

Malas aku nak cerita banyak sangat pasal detailing dan juga pasal harga dia. Korang buka sendiri tu.

Amacam? Racun ke tak? Rekaan dia memang masih klasik dengan lidah yang ada tali dililit dekat kasut.

Adidas Predator Mania dijangka akan mengulangi kehebatannya pada satu masa dahulu.

Boleh la korang pergi ke mana-mana kedai yang menjual kasut ni.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di