ADIDAS Predator Mutator Terbaru Ini Dengan Demonskin 406 Spikes

Predator merupakan rantaian siri jenama yang sangat populari dari ADIDAS. Ianya telah terjual dengan sangat banyak sekali dalam sejarah pengeluarannya oleh ADIDAS.

Sebut sahaja ADIDAS Predator terus keluar segala nama legenda seperti David Beckham, Steven Gerrard, Xavi,  Zinedine Zidane dan ramai lagi.

Zidane sampai sekarang masih setia dengan Preds.

ADIDAS Predator terhasil berdasarkan konsep prototaip dari bekas pemain bola sepak Australia, Craig Johnston.

Ciri-ciri asas Predator adalah kehadiran patch atau jalur getah di bahagian atas kasut, yang direka untuk meningkatkan geseran antara boot dan bola.

Pada akhir tahun 2010, Adidas merekabentuk teknologi baru “Power-spine”, yang mana mereka mendakwa meningkatkan kualiti rembatan

Tahun lalu ADIDAS juga mengeluarkan Predator 2019 digelar ADIDAS Predator Mania.

Mutator 2020

Tahun ini, iaitu tahun 2020, ADIDAS Predator tampil dengan versi baharu iaitu ADIDAS Predator Mutator.

Awal mereka buat kerja meracun kali ni.

Ada terdapat dua versi iaitu Predator 20+ dan Predator 20.1.

Predator 20+ dan Predator 20.1 mempunyai beberapa ciri unik dan moden. Ini bahagian luarnya yang disematkan dengan 406 spikes (paku) yang kecil.

Balutan spikes itu sangat tajam dan menikam kalbu, terutama sekali bagi peminat ADIDAS Predator.

Ianya dipasang untuk membolehkan pemakainya merasai pengalaman lebih baik di atas padang. Teknologi ini, yang mereka panggil Demonskin.

Demonskin ini akan membolehkan pemain untuk mendapatkan cengkaman yang lebih baik pada permukaan bola.

Jadi korang boleh mengawal bola terutama sekali ketika menggelecek, cushioning, trap control, close control dengan lebih melekat.

https://twitter.com/i/status/1219546764954546176

ADIDAS juga menyatakan bahawa kasut ini akan menjadikan pemakainya merasai pengalaman lebih baik dalam finishing.

Di mana teknologi Demonskin ini membantu korang untuk mendapatkan kualiti lencongan yang lebih baik.

Kenapa ada dua versi? Ada beza tak teknologi kedua-duanya?

Sebenarnya, kedua-dua boot ini sama dari segi teknologi. Cuma bezanya ADIDAS Predator Mutator 20+ adalah tidak bertali.

Jadi korang boleh memilih jenis mana korang nak. Jenis bertali ataupun tanpa tali.

Selain itu ada butiran kecil juga membezakan 20+, pada skema warna di bahagian di belakang boot tu.

Kedua – dua kasut ini juga direka dengan sockfit.

Adidas mengumumkan harga di gedung rasmi mereka, untuk Mutator 20+ boot ini dijual sekitar €279.95 di kedai Adidas, sementara Mutator 20.1 pula, mura sikit dengan harga sekitar €219.95.

Untuk harga di Malaysia korang boleh la buat perbandingan dengan di atas ni.

Jadi, apa pandangan korang tentang rekaan boot ni? Adakah korang memiliki boot predator klasik dalam koleksi korang?