Adidas Tak Sambung Tajaan, Ozil Tumpu Brand Sendiri, Mungkin Pakai Kasut Dari Malaysia Atau Indonesia

Mesut Ozil memasuki beberapa minggu terakhir perjanjian tajaan selama tujuh setengah tahun dengan Adidas yang bakal berakhir.

Kontrak jangka panjang itu sebelum ini bernilai £22 juta.

Dengan ejennya mengesahkan bahawa kontrak itu tidak akan diperbaharui kerana Adidas dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa isu imej Mesut Ozil.

Antaranya, Adidas telah menyatakan kekecewaan mereka ke atas Mesut Ozil yang terbuka mengkritik kerajaan China di atas layanan mereka ke atas masyarakat Islam Uighur.

Arsenal turut membuat kenyataan media bahawa mereka tidak mahu dikaitkan dengan pendirian Ozil.

Kesan daripada kenyataan Ozil itu membuatkan Ozil diboikot di China dan memberikan impak kepada Adidas.

Ramai peminat simpati dengan Ozil kerana pemain itu sebenarnya bukan bercakap tentang Uighur hanya kerana mereka Islam semata mata. Ini berkaitan dengan kemanusiaan.

Selain itu ada juga laporan menyatakan bahawa Adidas tidak suka dengan tindakan Ozil selepas Piala Dunia 2018, di mana beliau secara terbuka mengkritik penyokong Jerman.

Ozil menyatakan, di Jerman, apabila menang, kesemua pemain dianggap pemain Jerman. Namun ketika kalah, mereka (beberapa pemain bukan bangsa Jerman) adalah pemain imigran.

Apa seterusnya?

Lantas Ozil kini dalam proses untuk membangunkan jenama dia sendiri.

Terdapat laporan di tanah airnya bahawa pembuat barangan sukan gergasi dari Jerman itu telah membuat keputusan itu ketika impak daripada koronavirus.

Tetapi ejen kepada pemain itu, Erkut Sogut menegaskan bahawa Ozil bukannya ditamatkan kontrak oleh Adidas. Ianya cuma tidak disambung kerana tiada kesepakatan di antara kedua dua pihak.

Sebaliknya beliau hanya membuat kesimpulan ketika ini bahawa Ozil kini sedang berusaha untuk mempromosikan jenama M10 peribadinya.

“Tidak ada penamatan kontrak yang berlaku,” kata Sogut kepada The Athletic.

“Kontrak ini akan berakhir. Ia berakhir seperti mana dalam perjanjian kontrak atau kontrak lain yang anda miliki dengan kelab.”

“Sama je dengan contoh, jika kontrak Mesut habis dengan Arsenal tahun depan, Arsenal tidak akan mengatakan benda ni hanya tingga sebulan sebelum mereka ‘membuang’ dia. ”

Ozil dan penasihatnya baru-baru ini melancarkan gedung dalam talian untuk jenama M10, yang menjual pakaian sukan berjenama dan menampilkan watak kartun Ozil dalam iklan media sosial.

Masih belum jelas sama ada M10 bakal menghasilkan kasut bola sepak.

Oleh itu ejen beliau menyatakan: “Ini bermakna Ozil boleh berada di padang dengan pelbagai jenis kasut yang berbeza setelah kontraknya dengan Adidas berakhir.”

Sogut mengatakan bahawa Ozil memang sudah tidak sabar untuk mencuba pelbagai jenis kasut yang berbeza dan “klasik” setelah dia bebas untuk melakukannya kelak.

“Selepas kontrak ini tamat, dia tidak perlu memakai sesuatu hanya kerana menurut kehendak penaja,” sambung Sogut.

“Mungkin dia akan memakai Puma selama beberapa hari, kemudian suatu hari, Nike; mungkin jenama dari Indonesia atau Malaysia. Siapa tahu?”

“Terserah kat dia sekarang. Ada beberapa kasut klasik dari zaman dulu dulu yang dia mahu pakai.”

Kasut apa agaknya korang cadangkan untuk Ozil untuk jenama dari Malaysia?

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil