Adidas X Ninja Sekali Lagi Berkolaborasi Hasilkan Sneakers Merecik Ini Selepas Edisi Time In

Berikutan kejayaan besar edisi sebelumnya, Adidas sekali lagi bekerjasama dengan Tyler Blevins aka Ninja, streamer permainan terkenal di dunia.

Kolaborasi kedua menghasilkan kasut Time In, yang rekaannya kali ini kelihatan seperti kasut sneaker Superstar.

Ini adalah kerjasama kedua antara Adidas dan Ninja. Sebelum ini, kolaborasi mereka telah mengeluarkan kasut yang serupa, iaitu Time In.

Ninja dalam Tweetnya mengummkan edisi tersebut dan menamakannya Superstar TIME IN.

Beliau sendiri mengingatkan Adidas untuk menyertakan nama TIME IN.

Dalam siri sebelumnya, Time In habis terjual hanya dalam 40 minit setelah habis dijual secara dalam talian.

Sebenarnya, ramai yang menganggap reka bentuk edisi itu tidak kemas. Tapi oleh kerana ianya edisi terhad makan reseller berebut nak membeli.

Warna biru, kuning dan putih mendominasi siri Time In sebelum ini.

Manakala pada edisi terbaru ia tampil dengan lebih ringas – dengan menggunakan corak atau garis biru dan warna dominan putih.

Jelas sekali Adidas mendengar komplen dan cacian ke atas rekaan sebelum ini yang dianggap serabut.

Di belakang kasut tertulis nama Ninja di bahagian, reka bentuk asas kali ini berasal dari siri Adidas Superstar.

Ada garisan ala ala garisan motherboard pada kasut tersebut. Menggambarkan kasut ini adalah untuk gamers.

“Baru sedar, ada satu foto yang tidak digunakan dalam tweet saya sebelumnya yang menggambarkan idea utama kasut Adidas ini. Dalam gambar di bawah ini, terdapat gaya motherboard yang mengilhami karya seni ini,” kata Ninja.

Siri Adidas x Ninja yang terbaru ini hanya akan dirilis pada 19 Ogos 2020.

Mengenai harganya, dianggap tidak akan jauh berbeda dengan siri sebelumnya.

Harganya dijangka sekitar harga Adidas Time Ini sebelum ini yang dijual pada harga USD150 atapun kira kira RM634.15.

Tyler Blevins  aka Ninja dianggap sebagai antara gelombang perintis kepada gamer streamers di dunia. Ninja popular dengan Fortnite.

Ninja dianggap streamers paling berjaya dalam sejarah setakat ini.

Kejayaan ini membuatkan Adidas berminat untuk bekerjasama.

Selain Time In, Adidas juga bekerjasama dengan Ninja dalam pelbagai produk lain. Sebelum ini, kedua-duanya berkolaborasi dengan produk Nite Jogger dan ZX Torsion.

Kejayaan besar produk kasut itu membuatkan Adidas tidak banyak berfikir ketika memutuskan untuk melancarkan siri Time In terbaru.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.