Satu pendedahan menakjubkan tentang kasut akhir Piala Dunia FIFA 2022 Lionel Messi. Di mana legenda itu telah mengabadikan nama isteri dan anak anaknya pada kasutnya.
Kapten Argentina itu memakai but Adidas X Speedportal Leyenda yang disesuaikan serta direka khas semasa kejohanan itu.
But itu berwarna emas dengan garisan biru dan putih di antaranya untuk memberi penghormatan kepada negaranya. Ianya turut ada nama isteri Messi, Antonella Roccuzzo dan nama anak-anaknya dicetak pada but beliau.
Di sebelah but kirinya, nama anak bongsu Messi, Ciro Messi telah tertulis di bahagian atas. Nama isterinya Roccuzzo tertulis di bawah dengan perkataan ‘Anto’.
Di sebelah but kanannya, perkataan “Thiago 02 11 12” dan “Mateo 11 09 15” dicetak. Ini adalah untuk menandakan nama dua lagi anaknya dan tarikh lahir mereka.
Messi's boots have his son's birthdays on them 💙 pic.twitter.com/FPJysC5wrU
— ESPN FC (@ESPNFC) December 5, 2022
Messi menganggap keluarganya adalah kekuatan dan azimat bertuahnya di dalam kariernya. Tanpa perlu membayar jutaan Euro untuk cari dukun.
Ternyata kasut emas itu memberikan kejayaan luar biasa kepada Messi dan Argentina. Jika pun Messi gagal memenangi Piala Dunia 2022, nama anak dan isterinya tetap dia banggakan kerana sentiasa ‘bersamanya’ di atas padang.
Aksi sepenuh masa berakhir 2-2 selepas Mbappe mengikat Argentina yang mendahului 2 gol.
Pada masa kecederaan Messi meletakkan Argentina satu tangan pada Piala Dunia. Namun Mbappe menarik semula tangannya itu dengan gol penyamaan untuk mengheret aksi ke penentuan penalti. Dan Argentina memenanginya.
Ini adalah kejuaraan ketiga untuk Argentina dalam sejarah Piala Dunia. Selepas kali terakhir sebelum ini menjulangnya pada 1986 ketika diketuai Maradona.
Messi menguatkan lagi legasinya dan statusnya sebagai GOAT!