Adik Bintang ‘Fast & Furious’ Hadir Ke Malaysia Untuk Acara Drive4Paul Malaysia 2019

Bagi peminat filem siri saga lumba kereta, Fast & Furious, watak Brian O’Connor bukanlah watak yang asing lagi. Pada satu ketika ketika sedang asyik memandu di lebuh raya, anda pasti -sekurang-kurangnya – pernah membayangkan corak pemanduan sehebat Brian dan rakan-rakan, lakonan mendiang Paul Walker itu.

Paling tidak, pasti pernah terdetik di dalam pemikiran: alangkah baiknya jika anda memiliki kenderaan Nissan Skyline GT-R R34 keluaran 1999 seperti yang dipandu oleh Paul di filem 2 Fast 2Furious – sekuel kedua siri filem penuh aksi ini.

Kini anda berpeluang untuk merasai debaran ‘kelajuan’ dan ‘kebengisan’ jentera di dalam filem Fast & Furious di acara Drive4Paul Malaysia 2019 yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 12 Oktober 2019.

Bagi yang belum tahu, Drive4PaulMalaysia 2019 adalah acara perhimpunan kereta-kereta eksotik, sport dan ubahsuai akan berlangsung di lapangan terbang TUDM lama Sungai Besi atau kini dikenali sebagai Bandar Malaysia.

Acara ini mencipta sejarah tersendiri di negara ini kerana ia diadakan buat pertama kali rantau Asia Tenggara. Sebelum ini ia pernah dianjurkan di Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan juga Jepun.

Turut akan menyertai program yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur ini adalah saudara kandung kepada Paul, iaitu Cody Walker.

Untuk acara pada Sabtu ini, pengunjung hanya perlu membayar RM10 untuk masuk ke tapak perhimpunan. Portal paultan.org melaporkan lebih 420 jenis kereta akan dipamerkan termasuk kereta-kereta yang pernah di pandu oleh Brian O’Connner seperti Nissan Skyline R34, Ford Escort Mk1 dan Subaru Impreza WRX STI GRB.

Bayaran tiket masuk dan juga yuran penyertaan konvoi Drive4Paul Malaysia akan disumbangkan sepenuhnya kepada NGO Reach Out World Wide (ROWW), diasaskan oleh Paul sendiri dan ditubuhkan untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam di seluruh dunia.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.