Adik kepada mendiang Pablo Escobar iaitu Roberto Escobar memfailkan saman ke atas Apple. Ini selepas dia mendakwa iPhone X miliknya digodam ketika menggunakan Facetime.
Roberto mahu mengheret Apple ke mahkamah dan menuntut $2.6 billion (RM11.3 billion) ganti rugi kerosakan.
Menurut Roberto Escobar, dia mendapat satu surat ugutan yang dihantar seseorang bernama Diego. Di mana Digeo telah mengetahui kesemua informasi termasuk alamat rumahnya menerusi penggodaman pada panggilan video Facetime.
Menurut kes yang difailkan pada Selasa, The Independent melaporkan Roberto Escobar pergi ke kedai Apple di Medelin, Colombia pada April 2018.
Dia diyakinkan oleh promoter jualan Apple bahaw iPhone X adalah telefon pintar paling selamat dan tinggi tahap keselamatannya.
Terpengaruh dengan kata kata manis promoter, Roberto telah membeli iPhone X itu.
Dalam surat dakwaannya, Escobar menyatakan dia meminta pekerja Apple di situ mencadangkannya telefon yang kebal daripada sebarang ancaman. Ini kerana dia telah mendapat pelbagai ancaman sejak 2010.
Namun dia agak kecewa. Kurang dari setahun menggunakan telefon tersebut, Roberto Escobar mendakwa dia dan keluarganya kini dalam bahaya dan menerima ugutan.
Roberto Escobar has filed the lawsuit against Apple for an alleged security flaw on his iPhone X.https://t.co/gq6UDQWXGI
— Beebom (@beebomco) May 27, 2020
Dan Roberto Escobar ada membuat semakan di internet, mendapati ramai pengguna meluahkan perkara yang sama, di mana fungsi Facetime adalah terdedah kepada bahaya.
Roberto berkata, perkara itu telah menyebabkannya rugi wang dan masa. Ini kerana sekarang dia terpaksa mencari rumah baharu untuk ahli keluarganya dan memasang sistem keselamatan.
Roberto Escobar tidak pasti berapa banyak informasi penting tentang dirinya yang sudah diketahui hacker tersebut.
Lalu Roberto mahu menyaman Apple atas kesalahan melanggar perjanjian kerana gagal untuk memberikannya telefon pintar yang bebas daripada sebarang eksploitasi.
Dalam kenyataan yang sama, Roberto menyatakan, kecuaian Apple membuatkan dia kini berada dalam keadaan tertekan.
Beberapa bulan lalu, Roberto Escobar mengeluarkan telefon pintar Escobar Gold 11 Pro yang merupakan iPhone 11 Pro refurbished yang disaluti emas. Telefon itu hanya dijual dengan harga $499 sahaja. Sambil Roberto menegaskan telefon itu barulah digelar Apple Killer sebenar. Bunuh apple dengan apple refurbished. Padu kan?