Barcelona cemerlang menewaskan Real Betis 5-0 dalam aksi La Liga semalam. Namun yang menariknya, admin Twitter yang kini digelar X Barcelona telah memetik nama Cristiano Ronaldo dan Ansu Fati dalam tweetnya.
Joao Felix membuka tirai jaringan pada minit ke-25. Tujuh minit kemudian, Robert Lewandowski menambah 1 lagi gol untuk tuan rumah.
Pada separuh masa kedua, Barcelona mencetak 3 lagi gol menerusi Ferran Torres, Raphinha dan juga Joao Cancelo.
Namun selepas tamat perlawanan admin Barcelona telah memuat naik grafik dengan ada nama Ansu Fati dan Cristiano Ronaldo menjadi penjaring gol untuk Real Betis. Dan kedua dua gol itu ditulis dihasilkan pada minit ke-75.
Tweet itu dimuat naik di laman Twitter rasmi Barcelona. Dan sudah tentunya ianya terus dipadamkan semula tidak lama selepas itu.
The club's official account accidentally tweets a graphic with the names of Ansu Fati and Cristiano Ronaldo as scorers for Real Betis. pic.twitter.com/kavdjAmv0b
— Barça Universal (@BarcaUniversal) September 16, 2023
Tidak dapat dipastikan sama ada berlaku glitch pada template yang digunakan. Atau admin tersebut sedang mamai memikirkan Ronaldo dan Ansu Fati?
Why is Ansu Fati and Ronaldo both scoring in the 55th minute against Barcelona… 😭😭😭😭😂 pic.twitter.com/C4jsG2VFLT
— RASTA VINI く影栄 (@ICONIC_VINI) September 17, 2023
Ansu Fati kini berada di Brighton selepas menyelesaikan perjanjian pinjaman ke kelab itu dengan tiada klausa beli tetap pada perjanjian tersebut.
Sementara Cristiano Ronaldo sedang beraksi di Al Nassr. Merupakan bekas pemain Real Madrid yang menjadi legenda Los Blancos.
Satu persamaan Ansu Fati dan Ronaldo semalam, pasukan mereka menikmati kemenangan 3-1 di tempat lawan.
Brighton menang 3-1 menentang Man United di Old Trafford. Sementara Al Nassr menang 3-1 menentang Al Raed di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah.