Admin Page Jocker Oruvan Harus Didakwa Kerana Cyberbully Sehingga Mangsa Bunuh Diri

Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menggantung dirinya pada Selasa lalu selepas satu video TikTok beliau dan seorang rakan sekerjanya menjadi bahan ejekan di Facebook.

Thivyaanayagi Rajendran, 20, dalam satu nota bunuh diri memberitahu; beliau menamatkan riwayat hidupnya selepas diserang ejekan kerana kononnya dating dengan seorang lelaki Bangladesh yang bekerja dengannya sebagai seorang juruwang di kedai 7-Eleven di Auto City.

Menurut keluarganya, mangsa diejek dan dibahan hanya kerana satu video dia dan rakan sekerjanya itu hanya suka suka melakonkan satu watak adegan lagu Bollywood. Sedangkan video itu hanyalah untuk suka sukan.

Satu laman Facebook dengan nama Jocker Oruvan telah membahan mangsa sehingga dia merasa sangat malu.

Joker Oruvan dalam catatannya yang diterjemahkan berkata: “Bagaimana gadis ini jatuh cinta dengan seorang Bangla…semua orang tentu merestui anda.”

Pakcik Thivyaanayagi, K Sathyaseelan, hantaran oleh Joker Oruvan itu telah membuatkan mangsa tertekan dengan komen berbaur hinaan dan serangan peribadi ke atas mangsa.

Post itu sudah dipadamkan selepas mendengar mangsa mencabut nyawanya sendiri dua hari lalu.

Sathyaseelan menegaskan bahawa, selepas video itu dimanipulasi, anak saudaranya sangat tertekan dan sudah membuat laporan polis.

Polis memberitahu bahawa perkara itu akan dirujuk kepada unit jenayah siber.

“Tetapi, catatan itu masih ada hari itu dan masih ada orang yang memberikan komen. Kami beritahu polis untuk menghentikannya.”

“Kami kemudian menghantar satu mesej kepada pengendali laman itu meminta mereka memadamkan video itu.”

“Pengendali page itu meminta kami membuat rakaman video ‘mohon maaf’ jika mahu video itu diturunkan. Kami tidak tahu kenapa perlu minta maaf. Mereka biadab ketika kami minta mereka padam catatan itu,” kata Sathyaseelan kepada FMT.

Thivyaanayagi kecewa kerana ternyata admin page tersebut seakan akan terus menerus ego dan memalukan dia dan keluarganya.

Thivyaanayagi kemudian masuk ke biliknya kira-kira 8 malam. Mereka mendapati panggilan telefon tidak dijawab, abangnya Taran memecah masuk ke biliknya dan mendapati mangsa sudah menggantung diri dengan dupatta (selendang) di lehernya pada 9.30 malam.

Thivyaanayagi disahkan meninggal dunia setibanya di hospital. Doktor yang melakukan bedah siasat di Hospital Seberang Jaya memberitahu Taran, pemandu lori berusia 25 tahun, yang Thivyaanayagi meninggal dunia kerana asfiksia dan leher patah.

Mayat adiknya dibakar 20 Mei.

Thivyaanayagi meninggalkan satu nota bunuh diri meminta maaf video yang “memalukan” keluarganya.

“Alasan saya mengambil keputusan ini kerana Joker Oruvan memuat naik video saya ke Facebook dan merosakkan nama saya dan keluarga saya,” demikian sebahagian daripada nota bunuh dirinya.

Sathyaseelan menambah lagi, anak saudaranya itu sudah bertunang dengan teman lelakinya selama 3 tahun dan mereka merancang berkahwin pada Disember ini.

“Kami mahu keadilan. Beliau hanya berusia 20 tahun. Mereka yang memuat naik catatan itu untuk mempersendakannya perlu dipenjarakan. Disebabkan serangan mereka, beliau mengambil nyawanya sendiri.”

Terbaru, sebuah kumpulan hak pengguna telah meminta agar admin page Joker Oruvan dihadapkan ke muka pengadilan.

Kumpulan tersebut berkata pentadbir Facebook boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana post mereka di page tersebut.

Penasihat undang undang MCCA, R Vikraman memberitahu FMT: “Tindakan dapat diambil terhadap pentadbir tersebut jika individu tersebut dikaitkan dengan kematian wanita itu.”

Vikraman berkata pentadbir page harus bertanggungjawab memastikan kesahihan perkara yang mereka mahu kongsi.

“Tanggungjawab ada pada pentadbir halaman untuk memastikan dia tidak menerbitkan atau berkongsi hantaran yang mereka tidak pasti kebenarannya.”

Vikraman berkata pentadbir page tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana berkongsi “kandungan yang menyinggung perasaan dan mengancam”.

Sementara itu, aktivis hak asasi kanak-kanak, James Nayagam risau dengan kes buli siber yang kian meruncing. Walaupun laporan di atas kes itu agak sedikit. Namun hakikatnya, lebih banyak kes yang tidak dilaporkan oleh mangsa.

Nayagam berkata: “Berita palsu dapat merosakkan reputasi di mana sampai batas tertentu, dapat diperbaiki. Kehilangan nyawa tidak dapat dipulihkan. Oleh itu pentadbir mesti bertanggungjawab terhadap apa yang dia siarkan di media sosial.”

“Kita perlu memberikan mesej yang lebih kuat mengenai bertanggungjawab terhadap apa yang mereka hantar,” katanya.

Baca yang lain