Venezia FC merupakan sebuah kelab yang sudah lama wujud dan berpangkalan di Itali. Mereka sebelum ini mengejutkan dunia apabila melayakkan diri ke Serie A.
Seterusnya mereka mengumumkan jersi Venezia yang tular di seluruh dunia. Selain daripada menggunakan super model yang lawa, jersi pun lawa.
Théo modelling the Venezia FC 2020/21 Kit. pic.twitter.com/4gyEZJTxk5
— HCM (@hoodcouturemag) July 29, 2021
Mereka ternyata mencuri perhatian dengan koleksi jersi menarik.
Kelab Bola Sepak Venezia FC, biasanya dirujuk sebagai Venice, ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Venice, Itali, yang kini bermain di Serie B.
Pada asalnya diasaskan sebaga Venezia Football Club pada tahun 1907, kelab itu telah menghabiskan sebahagian besar sejarah mereka di dua divisyen teratas Itali.
Pencapaian terbesar Venezia setakat ini ialah memenangi Coppa Italia pada musim 1940–41. Mereka meneruskan kejayaan ini denga dengan penamat Serie A tertinggi mereka di tempat ketiga pada musim berikutnya.
Revolusi dengan anak jati Venice
Pada Ogos 2020, Venezia menstruktur semula kakitangan teknikalnya, mengupah bekas pemain lama Venezia dan anak jati Venice Mattia Collauto dan Paolo Poggi sebagai pengarah sukan dan pengarah teknikal, Alex Menta seorang pemuda dari Amerika sebagai pengarah analitik, dan Paolo Zanetti kelahiran Vicenza sebagai pengurus.
Pada musim Serie B 2020–21, Venezia menduduki tempat kelima dalam carta liga, sekali lagi layak ke playoff promosi ke Serie A.
Pada pusingan pertama playoff promosi, Venezia menewaskan Chievo Verona hasil jaringan masa tambahan daripada Dennis Johnsen, memenangi perlawanan 3–2.
Perlawanan separuh akhir pertama Venezia menentang Lecce telah dimenangi dengan dengan gol tunggal daripada penyerang bintang Francesco Forte, yang amat penting untuk membantu kelab memenangi promosi kelab. Dia menjaringkan 15 gol sepanjang musim tersebut.
Dalam aksi kedua, Venezia seri 1–1 pada perlawanan di halaman lawan.
Itu membolehkan kelab itu mara ke perlawanan akhir, di mana Venice bertemu A.S. Cittadella untuk merampas tempat dalam Serie A.
Kemenangan 1–0 di tempat lawan di Stadio Pier Cesare Kunciato dan keputusan 1–1 berikut di tempat sendiri, dengan gol penyamaan lewat daripada penyerang veteran Riccardo Bocalon, memastikan musim pertama Venezia dalam Serie A pada sejak 19 tahun.
Pencapaian ini juga menandakan peningkatan pesat kelab dari Serie D ke Serie A hanya dalam tempoh lima tahun.
Venice meraikan kepulangan mereka ke Serie A dengan perarakan bot bersejarah, melibatkan aktiviti bersama kelab mendayung dan gondola di Grand Canal. Ianya salah satu daya tarikan utama di bandar Venice.
Pada 9 Ogos 2021, kelab itu memecahkan rekod perpindahannya dengan menandatangani pemain tengah Amerika, Gianluca Busio dengan harga $6.5 juta (€5.7 juta).
Pada akhir musim mereka tersingkir semula ke Serie B dengan menamatkan saingan di tempat terakhir.
Nama Venezia kembali menjadi bualan netizen di twitter. Ini selepas adminnya dengan nakal menyatakan bahawa: “Dukacitanya [diumumkan bahawa], kami kini di TikTok.”
“Jika korang berusia lingkungan 12 tahun, sila ikuti kami di sana.”
Sadly, we’re on TikTok now.
If you’re like 12, follow us there.
— Venezia FC (@VeneziaFC_EN) June 29, 2022
Pengumuman itu membuatkan ramai yang geli hati mendengarnya. Ini kerana TikTok seringkali dianggap platform untuk budak budak.
Ada yang mengusik balik: “Kau tu dah berusia 115 tahun kawan, tik tok ni untuk bebudak je,” merujuk kepada usia kelab yang sudah lebih sedekad.
you're 115 years old mate, tik tok is for kids
— Calcio Xtra (@calcioxtra) June 29, 2022
Ramai juga yang tergelak mendengar pengumuman daripada akaun rasmi tersebut.
ahhahahahahahahahahahahhashadhadhhdadffg
— Sandrokan ◊ (@thintomduke) June 29, 2022
Apa yang pasti admin dia benar benar menarik perhatian warganet. Ianya salah satu bentuk publisiti dengan troll santai.