Admin Twitter Viktoria Plzen Tunjuk Pemain Serba Salah Nak Gembira Ke Nak Menangis

Dalam undian UCL 2022/23, mungkin pasukan yang mengalami nasib paling malang adalah Viktoria Plzen. Kelab dari Republik Czech itu sebelum ini meraikan kejayaan mereka bermain di UCL.

Pemain pemain mereka menganggap layak ke UCL sebagai impian jadi kenyataan. Ternyata mereka benar benar melihat impian itu menjadi kenyataan. Ini kerana mereka akan berkunjung ke 3 buah stadium megah iaitu Arena Allianz, Spotify Nou Camp dan San Siro.

Hal ini kerana Plzen diundi bersama sama dengan Bayern Munich, Barcelona dan Inter Milan dalam undian yang diadakan di Istanbul, Turki semalam.

Kumpulan A

  • Ajax
  • Liverpool
  • Napoli
  • Glasgow Rangers)

Kumpulan B

  • FC Porto
  • Atletico Madrid
  • Bayer Leverkusen
  • Club Brugge

Kumpulan C

  • Bayern Munich
  • Barcelona ​​​Inter Milan
  • Viktoria Plzen

Kumpulan D

  • Eintracht Frankfurt
  • Tottenham Hotspur
  • Sporting Lisbon
  • Olympique Marseille

Kumpulan E

  • AC Milan
  • Chelsea
  • Red Bull Salzburg
  • Dinamo Zagreb)

Kumpulan F

  • Real Madrid
  • RB Leipzig
  • Shakhtar Donetsk
  • Glasgow Celtic

Kumpulan G

  • Manchester City
  • Sevilla
  • Borussia Dortmund
  • FC Copenhagen)

Kumpulan H

  • PSG
  • Juventus
  • Benfica
  • Maccabi Haifa

Pemain pemain Viktoria Plzen berada di bilik persalinan pasukan mereka menunggu detik di mana pasukan mereka akan berada.

Dan ketika mereka melihat Kumpulan C masih menunggu 1 lagi pasukan. Pastinya di dalam hati mereka berdebar debar kalau diletakkan di situ.

Dan ya, mereka diletakkan di sana.

Para pemain mereka memberijan reaksi yang serba salah. Tak tahu, nak gembira ke nak menangis.

Mereka merupakan antara pasukan yang paling bersusah payah untuk mara ke UCL berbanding ke pasukan lain. Menyertai kelayakan dari fasa play off yang sukar dan penuh pancaroba.

Viktoria Plzen adalah salah satu daripada enam pasukan yang layak ke pusingan akhir melalui play-off. Fasa ini bermula dari Kelayakan I. Kemudian, kepada Kelayakan II dan Kelayakan III. Akhirnya, baki 12 pasukan bersaing untuk enam tiket peringkat kumpulan menerusi perlawanan play-off di tempat sendiri dan tempat lawan.

Kelab asal Republik Czech bermula dari Pusingan II dengan menewaskan HJK Helsinki 7-1 secara agregat. Kemudian, dalam Pusingan III, Viktoria Plzen bergelut untuk menewaskan Sheriff Tiraspol (4-2 secara agregat).

Kemuncaknya, Viktoria Plzen memasuki perlawanan play-off menentang kelab elit Azerbaijan, FK Qarabag. Mereka hampir tersingkir. Tetapi, kemudian bangkit dan kembali layak ke fasa utama Liga Juara-Juara.

Malangnya Bayern Munich, Barcelona, ​​​​dan Inter Milan menanti.

Ini bermakna peluang Viktoria Plzen untuk layak ke kalah mati ataupun menamatkan saingan di tangga ketiga dalam peringkat kumpulan untuk ke kalah mati Europa League dilihat sukar.

Saksikan reaksi serba salah para pemain mereka yang dimuat naik oleh page twitter rasmi kelab: