Persatuan Bola Sepak Argentina, AFA akhirnya membuka mulut tentang tindakan Anvisa (pegawai kesihatan Brazil) yang tiba tiba masuk ke padang dan ‘menangkap’ 4 pemain EPL yang dianggap melanggar protokol kuarantin.
Dalam kenyataannya AFA menyatakan tindakan pegawai Anvisa itu merimaskan dan membuatkan mereka tidak selesa.
AFA dalam kenyataannya berkata: “AFA meluahkan rasa tidak selesa dan terkilan dengan penundaan perlawanan aksi Argentina bertemu Brazil di Sao Paulo.”
Seterusnya AFA mempersoalkan kenapa Anvisa menghentikan aksi tersebut hanya selepas 4 minit sepak mula perlawanan.
Kerana kem Argentina sudah berada di negara mereka beberapa hari sebelumnya. Kenapa pemain pemain Argentina tidak dihalang terus daripada aksi tersebut?
“AFA terkejut dengan tindakan Anvisa, hanya dilakukan selepas perlawanan dimulakan.”
“Pasukan Argentina sudah mematuhi segala piawaian sanitasi yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL).”
Pengurus Argentina, Lionel Scaloni terkejut dan menyatakan beliau tidak menyangka bahawa keadaan itu berlaku. Sambil mengakui kesemua pemain Brazil dan Argentina teruja untuk bermain aksi tersebut.
G1 melaporkan bahawa 4 pemain Argentina itu tidak dibawa ke balai polis untuk disiasat kerana tidak mematuhi SOP sanitasi negara Brazil.
Roy Nemer awalnya menjangkakan Brazil akan dikenakan tindakan pemotongan mata kerana mereka gagal melaksanakan tanggunjawab mereka sebagai tuan rumah. Semua delegasi Conmebol dikatakan mecnapai kata sepakat.
Argentina will have all four Premier League players available for their match against Brazil. If the match is not played, Brazil would be deducted points because they would not be complying with what all CONMEBOL delegates agreed on. This per TNT Sports.
— Roy Nemer (@RoyNemer) September 5, 2021
Namun akhirnya CONMEBOL mengesahkan perlawanan ini dikira ditunda dan akan disambung lagi. Maka tiada penolakan mata untuk Brazil.
Perturan ketat
Brazil menyenaraikan pelawat daripada beberapa negara untuk wajib kuarantin 14 hari, kecuali mereka melalui negara lain untuk ke Brazil – dengan syarat mereka sudah 14 hari berada di negara tersebut.
Pelawat dari England, Afrika Selatan, Ireland Utara dan India merupakan 4 negara yang dikenakan perintah kuarantin wajib dan disenarai dalam zon merah oleh Brazil.
Menurut Anvisa, Emiliano Buendia, Emiliano Martinez (Aston Villa) dan Giovani Lo Celso serta Cristian Romero (Spurs) telah diarahkan untuk kuarantin wajib, 2 jam sebelum perlawanan, namun pengurus Argentina mengabaikan arahan tersebut.
Telegraph Sport menghubungi FIFA untuk mendapatkan penjelasan, namun pihak FIFA masih dalam siasatan.
Patutlah…
Tindakan Anvisa ini berlaku selepas beberapa kelab EPL lain melarang pemain mereka pulang ke Brazil untuk aksi antarabangsa. Ini selepas Anvisa mengenakan syarat kuarantin wajib.
Spurs dan Villa dengan beraninya membenarkan pemain mereka pulang untuk aksi tersebut. Sementara pasukan seperti Liverpool dan City melarang kerana peraturan ketat Anvisa.
Peminat Brazil sebelum ini mengecam kelab kelab EPL yang tidak mahu melepaskan pemain pemain mereka termasuk Alisson, Fabinho, Roberto Firmino (Liverpool), Ederson, Gabriel Jesus (Manchester City), Thiago Silva (Chelsea), Fred (Manchester United), Richarlison (Everton) dan Raphinha (Leeds).
Selepas kejadian itu ternyata ramai peminat Brazil menyatakan bahawa mereka akhirnya faham kenapa kelab kelab EPL tidak mahu melepaskan pemain mereka ke Brazil.
Selain itu Anvisa dituduh sebagai pilih kasih.
Anvisa berani ke buat kat Presiden?
Malah ada yang menyindir Anvisa untuk mengambil tindakan yang sama ke atas beberapa majlis keramaian politik di Brazil. Ini selepas presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sendiri banyak kali terlepas tindakan walaupun berkali kali melanggar protokol kesihatan Anvisa.
Anvisa kali ini menurut mereka garang semacam dalam tindakan mereka.
Seterusnya, seorang lagi ahli politik, Rodrigo Maia berkata: “Kita harap Anvisa setegas ini juga dalam isu kesihatan pada majlis yang dianjurkan oleh presiden, tanpa pelitup muka atau vaksin.”
Vamos esperar que a Anvisa tenha a mesma firmeza em relação às regras sanitárias nos eventos promovidos pelo presidente, sem máscara e vacina.
— Rodrigo Maia (@RodrigoMaia) September 5, 2021
Argentina tiba di Brazil pada Jumaat sebaik sahaja menang 3-1 ke atas Venezuela dalam aksi Kelayakan piala Dunia.
Anvisa lambat?
Namun Anvisa hanya bertindak hanya 3 jam sebelum sepak mula.
Anvisa menyatakan: “Anvisa mempertimbanhkan situasi ini memberikan risiko sangat besar dan sudah meminta pihak kesihatan tempatan Sao Paulo untuk mengkuarantin pemain pemain terbabit. Mereka dilarang untuk melakukan sebarang aktiviti di Brazil sementara mereka berada di sini, sehingga tempoh kuarantin mereka tamat.”
Pada 8.08 malam waktu Brazil, pegawai Anvisa diriingi polis meminta pemain pemain Argentina masuk ke bilik persalinan.
Mereka menjelaskan bahawa 4 pemain EPL itu berada di Britain kurang 14 hari sebelum memasuki Brazil.
Anvisa: Mereka menipu maklumat
Seterusnya, Anvisa menuduh 4 pemain tersebut memalsukan maklumat mereka kepada imigresen pada Ahad untuk melepasi SOP Sanitasi Brazil.
Anvisa berkata: “Selepas perjumpaan dengan jabatan kesihatan, kami sahkan, selepas melihat maklumat pasport perjalanan 4 pemain itu, mereka kesemuanya gagal mematuhi peraturan pelawat ke negara Brazil, yang termaktub dalam ordinan Interministerial Ordinance No. 655, 2021, yang mengkehendaki pelawat yang datang melaluin United Kingdom, South Africa, Northern Ireland dan India dalam masa 14 hari sebelum ini dilarang untuk memasuki Brazil tanpa kuarantin wajib.”
“Pemain pemain ini mengesahkan mereka tidak melalui mana mana negara zon merah itu dalam 14 hari terakhir.”
“Pemain pemain ini tiba di Brazil menerusi penerbangan dari Cacacas/ Venezuela ke Guarulhos. Namun, berita tidak rasmi sampai ke meja Anvisa menyatakan bahawa ada pemain memalsukan maklumat perjalanan mereka.”
“Anvisa mengambil kira risiko daripada situasi ini, dan sudah menasihatkan pihak berkuasa tempatan untuk terus mengkuarantin 4 pemain itu, dengan melarang mereka terlibat dalam mana mana aktviti, dan mereka tidak dibenarkan berada di Brazil, sesuai dengan artikel 11. undang undang persekutuan no.643/77.”
Telegraph juga mengesahkan bahawa Premier League memerlukan 4 pemain itu untuk dikuarantin wajib apabila pulang kelak. Dan mereka juga akan menghadiri pemeriksaan berkala yang ketat.