Jurulatih pasukan Indonesia, Shin Tae Young tidak begitu gembira dengan persembahan pasukan Garuda dalam aksi pembukaan Piala AFF 2020.
Indonesia menang 4-2 dalam aksi pembukaan menentang Kemboja. Namun dari segi statistik menunjukkan bahawa Kemboja tampil dengan aksi yang lebih meyakinkan, mengambil kira kualiti pemain kedua dua pasukan.
Dalam aksi di Stadium Bishan, Indonesia cuma menguasai 43% bola dengan ketepatan hantara cuma 25%. Ianya jauh daripada prestasi yang diharapkan Shin Tae Yong.
Bukan itu sahaja, jurulatih asal Korea Selatan itu juga kecewa dengan para pemainnya yang kerap kehilangan bola dan sukar melakukan hantaran pendek dan panjang.
Jika Kemboja lebih tajam atau lebih kebal di pertahanan, Indonesia mungkin akan dikejutkan dalam aksi ini.
Selepas tamat perlawanan, Shin Tae Yong menyatakan bahawa pasukannya bergelut dengan stamina. Membuatkan pemain pemainnya melakukan hantaran yang lemah dan fokus yang tidak kuat.
Jurulatih Indonesia itu berpendapat, cuaca terlalu panas di Singapura menjejaskan taktikal mereka. Kerana banyak perancangan mereka gagal dilaksanakan.
Ini kerana menurut beliau lagi, sebelum ini Indonesia memilih Turki sebagai tempat untuk kem latihan pusat. Dan ianya negara yang bercuaca dingin. Walaupun sebenarnya Indonesia pun ada berlatih di negara iklim panas sebelum ini.
Shin Tae Yong berkata: “Kami mengadakan latihan pusat di tempat sejuk. Tetapi bila berada di Singapura cuaca sangat panas. Jadi, adaptasi ke atas keadaan cuaca itu harus kami perbaiki.”
Shin juga menegaskan bahawa pasukannya bermain bertenaga sekali pada separuh masa pertama. Namun perlahan lahan mereka mulai kehausan.
Walaubagaimanapun, jurulatih tersebut tidak panik kerana menurutnya, mana mana pertandingan antarabangsa, aksi pertama sentiasa menjadi aksi paling sukar.
”Perlawanan pertama sangat sukar. Tetapi, kami mencetak gol pantas dan dapat keputusan yang terbaik.”
“Selepas babak pertama, kami anggap terlalu yakin dan memandang mudah lawan kami. Jadi itu yang menyusahkan diri kami sendiri.”
Shin Tae Yong tetap berbangga dengan kemenangan yang dicipta anak anak buahnya. Indondesia mendapat 4 gol hasil jaringan Rachmat Irianto (4′ dan 33′), Evan Dimas (17′) dan Ramai Rumakiek (54′). Sementara, dua gol Kemboja pula dijaringkan oleh Yue Safy (37′) dan Prak Mony Udom (60′).