AFF 2022: Save Syihan Hazmi Selamatkan 3 Mata Malaysia Pada Masa Kecederaan

Syihan Hazmi terus mengukuhkan namanya sebagai penjaga gol no.1 Malaysia.

Terbaru, Syihan baru sahaja menjadi wira pasukan Harimau Malaya dengan satu save penalti pada masa kecederaan.

Malaysia turun berdepan dengan Myanmar di tempat lawan.

Malaysia mendahului menerusi gol oleh Faisal Halim. Hasil gandingan cantik dengan Safawi Rasid.

Faisal Halim menolak rendah bola untuk gol Malaysia.

Malaysia kemudian bergelut untuk mencipta peluang gol.

Kegagalan Malaysia mendapatkan gol kedua hampir membawa padah. Ini apabila pasukan tuan rumah diberikan penalti yang agak kontroversi.

Selain itu, Myanmar diberikan ruang dan peluang untuk bergerak di kawasan pertahanan Malaysia dan mulai melakukan beberapa siri percubaan.

Pergelutan dalam kotak penalti akhirnya membuatkan Malaysia memberikan penalti kepada lawan.

Pengadil menerima isyarat daripada pembantu pengadil bahawa pertahanan Malaysia, Shahrul Nazeem didakwa melakukan kesalahan dalam kotak penalti.

Pemain pemain Malaysia membantah penalti tersebut dan bertanya, atas sebab apa penalti itu? Kekasaran atau handball atau lain lain kejadian. Namun pengadil sudah membuat keputusannya.

Wing Naing Tun cuba melakukan penalti fancy dengan sedikit lompatan ala Neymar dan ianya memakan diri. Kerana dia telah mengorbakan kekuatan pada sepakannya.

Bola dibaca tepat oleh Syihan Hazmi yang dengan mudah menepis bola daripada masuk.

Tamat perlawanan Malaysia menang 1-0 di Myanmar untuk membolehkan 3 mata diraih daripada perlawanan pembukaan Piala AFF 2022.

Tahniah untuk Harimau Malaya di atas kemenangan pertama daripada perlawanan pembukaan.

Baca yang lain