Agbonlahor Tembak Onana Berani Marah Maguire Je, Walaupun Pemain Tu Tak Bersalah

Ketika satu dunia meraikan detik Andrey Onana memarahi Maguire untuk menyedarkan kelalaian pemain itu ketika bertahan, Gabriel Agbolanhor ternyata berbeza.

Dia tidak suka dengan apa yang dilakukan Onana kepada Maguire. Sambil menganggap Onana sebagai pilih bulu.

Onana sudah menjelaskan bahawa dia melakukan begitu kerana dia demand sangat tinggi daripada setiap rakan sepasukan.

Dia sudah melakukan perkara yang sama di kelab kelab lamanya. Onana menambah, dia bermain dengan kelab yang sarat pemain berkualiti seperti Man United.

Adalah penting untuk setiap pemain mendesak antara satu sama lain untuk melakukan yang lebih baik kerana mereka ada kualiti.

Oleh sebab itu dia meluru ke arah Maguire selepas dia terdedah kepada situasi 1 lawan 1 dengan Sebastian Haller, di mana dia melakukan penyelamatan.

Inilah detik itu:

Bekas pemain antarabangsa England, Agbonlahor mengkritik Onana sebagai melebih lebih dan mensasarkan pemain yang senang dia ‘makan’.

Seterusnya Agbonlahor menuduh Onana sengaja mengambil kesempatan ke atas reputasi Maguire yang tidak bagus di mata peminat Man United.

Sambil mencabar penjaga gol itu, adakah dia akan berani melakukan perkara yang sama kepada Lisandro Martinez? Jika pertahanan Argentina itu membuat kesilapan ketika bertahan.

Agbolanhor berkata: “Pertamanya, Harry Maguire tak buat apa apa kesalahan pun [dalam situasi itu]. Dia menghantar bola kepada pemain tengah dan pemain tengah yang kehilangan bola.”

“Saya merasakan Maguire adalah sasaran mudah [untuk dimarahi Onana].”

“Saya tak suka dengan apa dilakukan Onana. Adakah kamu akan buat benda tu kepada [Lisandro] Martinez? Berani tak kamu meluru ke arah [Marcus] Rashford dan melakukan perkara itu?”

“Rasanya kamu tak berani. Maguire adalah sasaran mudah [sebab bukan pemain cepat panas]. Jadi saya tak suka dengan apa yang berlaku.”

“Saya faham jika ianya kesilapan besar dan menyebabkan gol, atau itu kesilapan Maguire, adillah begitu. Tapi saya nak tengok tenaga yang sama dia buat untuk setiap pemain.”

“Dia melihat Maguire sedang melalui fasa di mana di media sosial peminat peminat Man United menyatakan: sila berambus, berambus, berambus’.”

“Dia [Maguire] tidak memberikan reaksi pun, sebab dia Harry Maguire. Dia memikirkan: ‘Saya harus terus merendah diri kerana saya mahu berjuang mendapatkan tempat saya’.”

“Saya tidak suka dengan situasi itu dan ianya bukan kesilapan Harry Maguire pun.”

Peminat United kurang setuju dengan Agbonlahor, mereka menjelaskan, mungkin Maguire tidak melakukan apa apa kesilapan ketika menghantar bola, namun dia jelas sekali pasif dan tidak berlari ketika diserang lawan segera.

Seorang lagi mengingatkan Agbonlahor, Onana bukan takat berani dengan Maguire je, Dzeko pun dia pernah maki.