Aguero Bengang L’Equipe Bagi Rating 3 Je Untuk Messi: “Mereka Nak ‘Bunuh’ Messi”

Bekas bintang Manchester City, Sergio Aguero telah tampil membela rakan senegaranya dari Argentina, Lionel Messi, selepas bintang PSG itu diselar kerana persembahan buruknya ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Real Madrid.

Messi, 34, hanya diberikan tiga daripada 10 penarafan oleh L’Equipe kerana prestasi lemahnya yang ‘membimbangkan’ selepas tersasar penalti dalam aksi tersebut.

Bekas penyerang Barcelona itu gagal melakukan gol dari jarak 12 ela apabila menerima sepakan penalti pada perlawanan pertama pertembungan 16 terakhir PSG menentang Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah, dengan penjaga gol Belgium Thibaut Courtois menyelamatkan percubaannya.

Kylian Mbappe menyelamatkan Messi dengan tendangan lewat sensasi untuk memberikan kelebihan satu gol kepada PSG menjelang perlawanan kedua di Bernabeu.

L’Equipe mengecam Messi dengan teruk ulasan mereka mengenai keseluruhan persembahan Messi dengan berkata: “Adalah sesuatu yang menyedihkan melihat dia seperti itu.”

“Pada separuh masa pertama,  dia hampir bermain sebagai seorang pemain tengah, pemain asal Argentina itu ada tetapi dia gagal menyempurnakan peluangnya.”

“Dalam satu lawan satu, dia mengalami impak secara atletik. Separuh masa kedua kedua adalah lebih baik: dia menyediakan beberapa pertukaran hanataran yang berkesan.

“Tetapi dia  mengimbangi rekodnya dengan percubaannya yang gagal atau disekat (ke-53, ke-75) dan penalti ini diselamatkan. Messi ini membimbangkan.”

Messi hanya menjaringkan 7 gol daripada 21 penampilan pertamanya untuk kelab barunya dalam musim pertamanya. Dia kelihatan agak bergelut di Paris.

Lantas Aguero memaki hamun L’Equipe sebagai media yang cuba membunuh Messi dengan pembunuhan karakter.

Aguero memberitahu RMC Sport: “Apa bezanya cerita penalti Leo ini. Dia bermain dengan baik, memecahkan garisan. Dia baik dan sangat aktif.”

“Di Perancis, majalah dan akhbar membunuhnya. Mereka adalah ****** [lubang bontot].”

“Saya ada mengadakan satu wawancara dengan dengan majalah Perancis. Namun saya katakan tidak! Sebagai tanda sokongan saya kepada Lionel Messi. Tititk!”

“Jadi, selamat tinggal, jumpa lagi, sekarang ni saya benar benar bengang,” kata Aguero.

Itulah tanda solidariti bekas pemain Barcelona kepada seorang lagi bekas pemain berstatus legenda no.1 Barca.