Aguero Dedah Messi Tak Percaya Real Madrid Dapat Gol Ketiga: “Jangan Main Mainlah Bongok”

Lionel Messi ternyata tidak percaya ketika Aguero mengemaskini kedudukan semasa perlawanan di antara Real Madrid dan Manchester City.

Di mana pada extra time, Karim Benzema menjaringkan gol ketiga tuan rumah untuk mengubah kedudukan berpihak kepada Real Madrid secara agregat.

Aguero mengajak para peminatnya bersama sama dengannya di sesi live streaming sambil layan perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara Juara Eropah.

Manchester City mendahului menerusi Riyad Mahrez pada minit ke-73.

Namun pada minit akhir perlawanan, Man City melepaskan 2 gol dalam tempoh 2 minit. Rodrygo menjaringkan gol pertama Real Madrid pada minit ke-90 untuk menjadikan kedudukan 4-5 secara agregat.

Seminit kemudian Rodrygo menjaringkan gol kedua yang menjadikan agregat 5 sama.

Pada masa ekstra, Karim Benzema dijatuhkan Ruben Dias dalam kotak penalti. Benzema sendiri tampil mengambil penalti itu dan menyempurnakannya.

Selepas gol ketiga itu, Aguero memberitahu secara langsung kedudukan terkini. Messi terus mesej beliau.

Aguero mendedahkan bahawa dia seolah olah tak percaya dengan gol ketiga Real Madrid. Dan meminta Aguero berhenti buat kelakar.

Aguero berkata: “Leo ada menulis [teks pesanan] kepada saya,” kata Agüero kepada Carlos Tevez, yang merupakan pengulas jemputan dan juga bekas pemain Man City sepertinya.

“Apa yang Leo cakap?” tanya Apache aka Carlos Tevez kepada Kun Aguero

Kun Aguero menjawab: “Dia memberitahu saya ‘berhenti mengarutlah, bongok [Ianya] tak mungkinlah [boleh berlaku] kot…’

Selain itu, Aguero turut menghantar audio kepada Ibai Llanos – streamer popular dari Sepanyol yang merupakan peminat tegar Real Madrid dan memberitahunya “Alangkah bernasib baiknya kamu, betapa bertuahnya kamu, dan mereka menghukum kami. Sukar untuk dipercayai”.

Kemudian Agüero memberitahu Tevez: “Saya menghantar gambar kepada Leo. Dia ketawa sorang sorang kat sana.”

Setelah imej itu dihantar, dia menghantar satu lagi audio kepada Messi: “Baiklah kawan, nantilah kita bercakap. Saya berada di stream langsung ni. Bye”.

Pada penghujung siaran, Aguero teringat bahawa perlawanan antara Argentina dan Itali akan disiarkan di ESPN dan Star+ dan membuat permintaan kepada Messi: “Leo!  cetak gol nanti kawan!” .

Kun turut menunjukkan beberapa detik kemarahan semasa perlawanan dan khususnya dengan beberapa kesilapan oleh City dan keputusan pengadil yang menurutnya kerap berat sebelah memihak kepada Real Madrid.

Detik terburuk bagi bekas penyerang City itu tiba pada masa tambahan. Dia terus menghantar audio kepada Ibai Llanos: “Saya harus menghantar pesanan audio kepadanya: ‘Ibai, seketul najis, kamu mempunyai taktikal ortohodoks yang teruk, dua gol dalam masa dua minit.”

“Ibai: Saya akan bunuh kamu, saya bersumpah saya akan pergi ke Barcelona saya akan bunuh kamu!” kata Ibai secara berseloroh kepada Kun.

Apabila Real Madrid mendapat penalti, Kun mengaku bahawa dia merasakan sesuatu yang serupa dengan kesakitan pada hari dia terpaksa meninggalkan padang permainan dalam perlawanan profesional terakhirnya:

“Ia meruntun saya, sama seperti ketika saya mengalami kesakitan pada masa itu. Dada saya sakit.”

Tevez kemudian berseloroh “Tidak, sudah sudah la tu bodoh, jangan bermain-main, kita tak ambulans nak angkut kau kat sana.”

Selepas gol Karim Benzema, Agüero menjerit “Tengoklah kamu!”. Dia kemudiannya menyedari bahawa gol daripada Karim Benzema dan Aguero terus memberikan pujian kepada teknik Benzema.

“Alangkah bagusnya teknik dia menendangnya.”

Aguero malah menegaskan bahawa: “Jika Real Madrid menang, Benzema perlu dianugerahkan Ballon d’Or” .

Tevez juga menunjukkan kemarahannya dan mengkritik bekas kelab lamanya itu dengan berkata: “Kamu tidak boleh kalah dalam permainan dalam masa dua minit”.

Semasa permainan, Kun berkata bahawa dia telah bertaruh makan malam jika mereka menang. Dan jika kalah, Tevez yang harus membayarnya. Tevez rasa benda itu agak kelakar. Dia mengibaratkan, awalnya, Aguero sudah sedia membayar minuman mereka dan kemudian tiba tiba Tevez pula yang perlu membayarnya.

Tevez kemudian berkata: “Perlawanan apa yang kita tonton ni? Saya sudah minum champagne dengan awak dan sekarang saya perlu tolong kamu membayarnya.”

Sumber: Infobae