Sergio Aguero menuntut Barcelona membayar tunggakan pampasan €3 juta daripada Barcelona. Sebelum ini pemain itu terpaksa bersara daripada bola sepak kerana nasihat pakar perubatan.
Sergio Aguero menyertai Barcelona secara percuma daripada Manchester City. Namun ketika di Barca dia berdepan dengan masalah kesihatan.
Di mana dia ada masalah jantung ketika beraksi di atas padang. Dan dia hampir ‘collapsed’ di atas padang selepas mengalami serangan jantung ketika beraksi. Mujur ianya tidak serius.
Setelah berjumpa pakar, Aguero menyatakan dia terpaksa bersara kerana dia tidak boleh bermain bola sepak profesional lagi. Hal ini kerana, dia berisiko kehilangan nyawanya jika beraksi pada kadar intensiti dan tekanan tinggi.
Dan akhirnya Barca dan Aguero mencapai kesepakatan penamatan kontrak. Oleh sebab itu, pemain legenda Argentina itu menganggap dia berhak mendapatkan €3 juta bayaran pampasan penamatan kontrak daripada Barcelona.
Menurut laporan, Barcelona dan Aguero mencapai kesepakatan untuk bayaran pampasan penamatan kontrak itu pada Julai 2024 yang lalu. Ini selepas Barcelona menolak untuk membayar permintaan pampasan awal yang diminta bernilai €6.9 juta.
Kedua dua pihak dikatakan sudah setuju dengan angka €3 juta. Namun pemain Argentina itu kecewa kerana menurutnya, Barca masih tidak melangsaikan pampasan tersebut, walaupun pihaknya sudah berlembut untuk pengurangan nilai pampasan.
Beberapa bulan lalu, Sergio Aguero sudah menghantar surat tuntutan bayaran bernilai €3 juta tersebut. Namun Barca meminta penangguhan kerana mereka tidak mahu membayar wang itu menggunakan dana kewangan musim lalu. Dan meminta pemain itu bersabar sehingga akaun musim baharu dibuka.
Selain itu Barcelona juga menyatakan bahawa wang tersebut harus dibayar melalui Mahkamah Sosial Barcelona. Dan Barca kemudian mendakwa mereka sudah memasukkan wang ke akaun yang diminta. Namun Aguero mendakwa mahkamah tidak menerima sebarang bayaran daripada Barcelona.
🚨 Aguero réclame les 3 millions d'euros qui lui reviennent suite à la résiliation de son contrat.
📲 | @forcabarca_ar pic.twitter.com/li6kosfkGv
— 𝗕𝗮𝗿𝗰𝗮 𝗡𝗼𝘄 🇫🇷 (@BarcaNowActu_FR) October 7, 2024