Aguero Dimasukkan Ke Hospital Untuk Saringan Ujian Jantung

Penyerang Argentina, Sergio Aguero melalui detik cemas, di mana beliau mengalami masalah sesak nafas ketika aksi menentang Alaves.

Aguero merasakan ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Segera mendapatkan bantuan daripada petugas kesihatan Barca.

Para petugas kesihatan mengambil masa yang agak lama membantu Aguero untuk menilai kesakitan pemain itu dan cuba memberikan bantuan kecemasan jika perlu.

Aguero dikeluarkan daripada perlawanan dan kemudian dikejarkan ke hospital untuk ujian jantung. Ini kerana pemain itu mendakwa dadanya sangat sakit.

Barcelona dalam kenyataan rasmi kelab berkata: “Pemain pasukan utama kelab, Sergio Aguero mengalami kesakitan pada dadanya dan telah dimasukkan ke hosptial untuk ujian jantung.”

Aguero sebelum ini melalui pembedahan pada kakinya. Pembedahan minor dibuat untuk memastikan dia benar benar sedia beraksi bersama Barca.

Aguero menyertai Barcelona secara percuma pada pra musim yang lalu. Melakukan debut pada Oktober.

Dan kini beliau baru sahaja kembali ke Barca, terpaksa akur sekali lagi dengan masalah kecergasannya.

Aguero tidak pernah mengalami sesak nafas sebelum ini. Ianya sangat merisaukan Barcelona. Mujur pemain itu cepat menyedari ada perkara yang tak kena pada dirinya.

Barcelona berdepan dengan masalah kecergasan pemain yang agak kritikal. Gerard Pique menambah senarai kecederaan sedia ada, dengan mengalami kecederaan di kakinya.

Seterusnya Sergi Roberto, Ronald Araujo, Pedri, Frenkie de Jong, Ansu Fati, Ousmane Dembele kesemua mereka masih dalam senarai tidak cergas.

Barcelona kini dikendalikan interim Sergi Barjuan selepas pemecatan Ronaldo Koeman.

Barca dilaporkan sedang berusaha membawa Xavi untuk kembali ke Nou Camp sebagai pengurus baharu mereka.

Apapun semoga baik baik sahaja untuk Sergio Aguero. Buat masa ini, bola sepak adalah perkara kedua, paling utama adalah kesihatan beliau.