Aguero Dituduh Jantan Miang, Pep Guardiola Back Up Pemainnya

Sergio Aguero mendapat kecaman hebat daripada warganet gara gara dia memegang bahu Sian Massey.

Ramai menganggap Aguero lelaki miang dan kelakuan itu sebagai tidak senonoh dan miang.

Aguero pertama kali bermain selepas pulih daripada pembedahan lututnya.

Terdapat satu insiden Aguero tidak berpuas hati dengan keputusan Sian Massey. Aguero cuba merayu dan mendapatkan perhatian penjaga garisan itu untuk memberikan lontaran ke dalam kepada mereka.

Aguero kemudian memegang bahu Massey dan penjaga garisan itu menolak tangan Aguero.

Selain daripada dituduh mencabul, Aguero juga dikatakan seharusnya dilayangkan kad kerana menyentuh badan penjaga garisan.

Reaksi netizen di media sosial sangat panas. Ramai berbagi pendapat tentangnya. Mereka mahu Aguero diheret ke muka pengadilan.

Dr Rosena menerusi twitternya menyatakan kelakuan itu tidak dapat diterima langsung.

Piers Morgan berpendapat, pemain itu seharusnya dibuang padang terus.

Namun ada juga yang menyatakan reaksi itu terlalu spontan. Sambil mengingat kembali detik pengadil Bibiana Steinhaus yang secara tak sengaja diraba di dadanya.

Pep Guardiola kemudian mempertahankan Sergio Aguero. Dengan menytakan pemain itu insan baik hati dan dia tidak ada niat tak baik ke atas Sian Massey.

“Ayuh gais, Sergio ni manusia paling baik saya pernah kenal dalam kehidupan ini. Cari isu yang lain, bukannya yang ini.”

 

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.