Aguero Hadiahkan Range Rover Evoque Yang Baru Dibelinya Kepada Staf Belakang Tadbir City

Sergio Aguero memberikan penghargaan beliau kepada staf di belakang tadbir di Manchester City. Ini kerana mereka telah menjaga Aguero dengan begitu baik sejak pemain itu mula menyesuaikan diri dengan England ketika datang ke Manchester lebih sedekad lalu.

Oleh itu, Aguero membelikan kesemua staf tersebut jam tangan berjenama dan membuat cabutan bertuah untuk mencari pemenang kereta mewahnya.

Harga seutas jam tersebut sekitar £1000 sehingga £1650, dengan Aguero dilaporkan membeli sekitar 60 unit.

Baru baru ini Aguero membeli kereta Range Rover Evoque. Beliau juga mahu menghadiahkannya kepada staf yang bertuah. Aguero mengadakan cabutan bertuah dan dilaporkan kitman Man City memenanginya.

Selain itu Aguero juga menderma kepada tabung khas kelab untuk membeli hadiah kepada staf staf tersebut pada Hari Natal pada hujung tahun ini.

Tindakan Aguero itu menunjukkan beliau seorang yang baik hati dan sangat pemurah. Beliau sudah lama meluangkan masa bersama sama dengan staf terutama sekali ketika cedera.

Jadi, satu hubungan istimewa terjalin dengan staf staf tersebut walaupun mereka hanya di belakang tadbir dan tidak didendang.

Aguero sudah pun diumumkan sebagai pemain baharu Barcelona. Beliau gembira dapat menyertai kelab istimewa yang beliau ikuti sejak kecil — serta dapat bermain dengan Lionel Messi.

Aguero menyertai Barca secara percuma dari Manchester City dengan kontrak 2 tahun serta klausa pelepasan €100 juta.

 

Aguero mengakui beliau hanya mahu ke Barcelona dan tidak mahu bercakap dengan kelab lain. Selain itu, Aguero turut bercakap dengan Messi setiap hari, yang menurutnya telah memudahkan lagi keputusannya.

“Saya bercakap dengan Leo setiap hari dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Sekarang saya akan bersamanya setiap hari dan ini akan menjadikannya lebih mudah.”

“Apa yang berlaku dengan Leo akan menjadi keputusan kelab, tetapi adalah suatu penghormatan dan keseronokan bermain bersama Leo. Sekiranya dia terus kekal, yang saya rasa dia akan lakukan, saya akan berusaha memberikan segalanya seperti yang selalu dilakukannya.”

“Saya tidak mempunyai keraguan. Saya tidak mahu kelab lain bercakap dengan saya, hanya Barcelona.”

“Guardiola, ketika kami memenangi Liga Perdana Inggeris, telah memberitahu saya, ‘Kamu akan pergi ke kelab teragung di dunia’. Bagi saya, sejak kecil, dan sekarang kerana Leo ada di sini, kelab ini adalah pasukan terhebat.”

“Ketika saya masih kecil, saya mengatakan suatu hari mereka akan mengenali saya dan saya berada di sini.”

“Saya akan membantu pasukan untuk menang dan melakukan perkara-perkara hebat. Selain musim lalu, saya mempunyai sembilan tahun yang sangat baik di City dan saya membantu pasukan mencapai banyak perkara penting.”