Aguero Menyesal Beli Lamborghini Aventador Hampir RM2 Juta, Kini Bersawang Depan Rumah

Memiliki sebuah kereta Lamborghini, adalah impian setiap orang terutama sekali lelaki. Orang yang kaya raya pun tak semua berpeluang memiliki Lamorgini. Ini kerana pembuatannya sangat terhad untuk sesebuah model.

Oleh itu Sergio Aguero dianggap salah seorang manusia yang bertuah kerana memiliki Lamborghini Aventador.

Sebagai rekod Lamborghini Aventador awalnya hanya dihasilkan 40,000 unit. Namun ditambah kepada 5,000 unit lagi pada 2016 kerana permintaan yang tinggi ke atasnya.

Aguero mendapatkan kereta yang digelar jet di jalan raya itu. Di Aventador 6.5 L L539 V12, mampu memecut 0-100 km / j dalam masa sekitar 2.9 saat.  Beliau membayar EUR400k ataupun RM1.97 juta untuk sebijik Lamborgini Aventador itu.

Aguero membeli kereta Lamborghini Aventador yang direka khas atas permintaan Aguero sendiri. Keretanya berwarna hitam dengan rim sukan / sport rim hitam bersalut oren.

Tetapi baru baru ini Aguero membuat kenyataan yang mengejutkan. Di mana dia menyesal membeli kereta dari Itali itu, kerana akhirnya dia tidak tahu kenapa dia membelinya.

Aguero memang peminat supercar. Namun beliau tidak begitu gemar memandu Lamborghini Aventador tersebut. Lalu beliau mempersoalkan tindakannya sendiri.

Mungkin ramai suka dengan kereta tersebut, tetapi bukan Aguero. Menurutnya kereta itu tidak kena dengan jiwanya.

“Saya tidak tahu mengapa saya membeli Lamborghini,” kata Aguero.

“Yang pasti, dalam enam tahun kereta itu hanya menempuh jarak 1,200 km. Saya jarang menggunakannya. Selama dua tahun ini saya berfikir, mengapa saya membelinya,” jelas Aguero.

Bukan itu sahaja, Aguero juga mendedahkan bahawa kereta itu diletakkan parkir hadapan rumahnya dan jarang dipakai sehingga bersawang sarang labah labah.

“Sekarang yang dilakukan oleh kereta itu hanyalah kesejukan kerana hujan dan ada jaring labah-labah dan lainnya.”

Sergio Kun Aguero merupakan pemain yang kini menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Manchester City.

Beliau juga menjadi pemain kebangsaan pasukan negaranya. Sergio Aguero dianggap sebagai salah seorang no.9 terbaik di dalam generasi beliau.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa