Ahli Parlimen Ini Desak Kerajaan UK Lucutkan Pemilikan Sheikh Mansour Seperti Abramovich

Kerajaan UK kini dikatakan sedang ‘menuju’ ke arah pemiik Manchester City, Sheikh Manosur selepas tindakan mereka menyekat Roman Abramovich.

Ini selepas pemilik Manchester City itu bertemu dengan presiden Syria, Bashar al-Assad.

Sebelum ini Roman Abramovich dikenakan sekatan oleh kerajaan UK. Dengan asetnya di UK dibekukan termasuk kelab Chelsea. Kerajaan membenarkan Chelsea terus beroperasi sebagai kelab bola sepak menggunakan lesen khas.

Namun pasukan tersebut dilarang melakukan sebarang aktiviti seperti jual beli pemain, menjual barangan kelab, melanjutkan kontrak pemain dan beberapa lagi larangan lain.

Ianya selepas pemilik Chelsea dituduh menjadi orang kuat Putin dalam kumpulan oligarki Kremlin.

Isu sekatan ke atas Abramovich dibangkitkan oleh ahli parlimen, Chris Bryant yang mempersoalkan kerajaan ketika itu langsung tak bertindak di atas tuduhan yang sudah dibuat sejak 2019 ke atas Abramovich.

Menurut Bryant pada 2019, Kementerian Dalam Negeri Britain menerima satu dokumen yang ditiriskan oleh ketua parti pembangkang Rusia menunjukkan kaitan Abramovich sebagai salah seorang oligarki yang menyokong kuat Vladimir Putin.

Bryant yang merupakan ahli Parlimen Rhonda dan bekas Menteri, berkata: “Saya ada memegang dokumen yang tertiris dari 2019 dari Pejabat Kementerian Dalam Negeri yang berkaitan dengan Encik Abramovich – Dia adalah sebahagian daripada unit HMG milik Rusia yang menyusun strategi mensasarkan kegiatan kewangan terlarang dan aktiviti jahat.”

“Abramovich kekal berminat dengan HMG kerana hubungannya dengan negara Rusia dan kaitannya dengan pertubuhan awam yang korup.”

“Sebagai contoh, ini adalah Abramovich mengakui di prosiding mahkamah bahawa dia membayar untuk pengaruh politik.”

“Selain itu, HMG memfokuskan kepada untuk memastikan individu yang tersabit dengan aktiviti wang kotor dan aktiviti jahat yang tida boleh tinggal di UK, akan menggunakan beberapa kaedah relevan termasuk kuasa imigresen untuk mengatasi perkara ini.”

“Ini hampir 3 tahun yang lalu, dan masih lagi, sangat sedikit tindakan yang kita ambil berkaitan perkara ini.”

“Sudah tentu Mr Abramovich, sepatutnya dia tidak boleh memiliki kelab bola sepak di negara ini lag. Pastinya kita harus menyita beberapa asetnya termasuk rumah bernilai £152 juta, dan memastikan orang yang memegang visa Tier 1 seperti ini tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jahat.”

Abramovich sudah menafikan dia menyokong Putin dalam misi perang presiden Rusia itu di Ukraine. Namun selepas itu kerajaan UK terus menyekat Abramovich. Salah seorang daripada watak yang membuatkan Abramovich segera disekat adalah Chris Bryant yang terus menekan parlimen untuk melakukan sesuatu.

Kerajaan kini malah terlibat dalam penjualan Chelsea. Abramovich masih belum menjual kelab itu dan sebelum ini pernah menyatakan dia mahu mengelak daripada menjual Chelsea kepada pemilik dari UK atau Amerika Syarikat.

Bryant mahu kerajaan bertindak ke atas Sheikh Mansour

Kini kerajaan UK telah mengkritik Sheikh Mansour. Menurut laporan AS di Sepanyol, kerajaan UK kini sedang memantau Sheikh Mansour yang dikritik kerana pertemuannya dengan Bashar al-Sadd dan kemudian lawatan ke UAE sejak perang saudara di Syria berlaku sejak 11 tahun lagi.

“Keyakinan kukuh UK bahawa – jika tiada perubahan tingkah laku oleh rejim Syria – memperkukuh hubungan menjejaskan prospek keamanan yang berkekalan dan inklusif di Syria,” tegas satu kenyataan oleh Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan, memberitahu Athletic .

Bryant, yang merupakan ahli parlimen pertama yang bercakap mengenai Abramovich, juga telah menambah suaranya kepada kritikan itu, dan mempersoalkan hak Mansour untuk memiliki kelab Liga Perdana.

Bryant kemudian mempersoalkan sama ada Mansour adalah ‘seorang yang sesuai dan tepat untuk menjadi pemilik Man City?’.

Dia menambah bahawa: “Adalah senang melihat kembali usaha pemilik City, yang membeli kelab itu pada 2008 dan telah membawa bersamanya tempoh kejayaan yang luar biasa untuk pasukan.”

Bercakap kepada Telegraph, Bryant menambah, “Apa yang orang tidak nampak? Terdapat satu bentuk pembunuhan tidak bertamadun, berterusan yang berlaku di Syria, dikendalikan bersama oleh Assad, dan kini Putin melakukan perkara yang sama dalam perang tidak bertamadun pencerobohan terhadap negara berdaulat Ukraine yang tidak bersalah.

“Dan sesetengah orang mahu berjumpa dengan pembuli itu?”

Malah Perdana Menteri turut terlibat dalam isu dengan Chelsea dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan Boris Johnson menyeru peminat Blues untuk berhenti melaungkan nama Abramovich.

Kerana menurut jurucakap kerajaan, peminat Chelsea tidak seharusnya mencampur adukkan isu politik dengan bola sepak.