Seorang ahli politik Perancis berpangkat senator, Valerie Boyer menggesa kerajaan melucutkan kemenangan Ballon d’Or dan status kerakyatan Benzema.
Ini susulan tuduhan Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin terhadap Karim Benzema “mempunyai hubungan” dengan kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin.
Benzema yang kini berada di Arab Saudi dianggap telah menerima kritikan baru baru ini kerana menyatakan sokongan terbuka kepada Palestin.
Dan terbaru, sorang lagi ahli politik mengecam Benzema iaitu Valerie Boyer, senator untuk Les Republicains, Bouches-du-Rhone.
Dalam kenyataan akhbar, Boyer telah menggesa tindakan balas yang keras terhadap Benzema jika tuduhan Menteri Dalam Negeri itu disahkan benar.
Dia meminta penyerang itu dilucutkan kewarganegaraan Perancis dan Ballon d’Or yang dimenanginya setahun lalu.
“Jika kenyataan Menteri Dalam Negeri adalah benar, kita mesti mempertimbangkan sekatan terhadap Karim Benzema,” kata Boyer.
🚨 BREAKING: French Senator Valerie Boyer has asked for Karim Benzema to be stripped of his Ballon d'Or and his French citizenship, if Minister of Interior Darmanin’s claims about Benzema having “ties to the Muslim Brotherhood” are verified.
“We can’t accept a dual nationalist… pic.twitter.com/3zngqAoUz5
— Madrid Xtra (@MadridXtra) October 18, 2023
“Sekatan simbolik pada mulanya adalah untuk melucutkan Ballon d’Or daripadanya. Akhirnya, kita mesti memohon agar dia dilucutkan status kewarganegaraan. Kita tidak boleh menerima sistem dwi kewarganegraan di Perancis, yang dikenali di peringkat antarabangsa, boleh mencemarkan dan mengkhianati negaranya dengan cara ini. ”
Perdebatan dan kontroversi mengenai Benzema telah timbul berikutan pembunuhan seorang guru Perancis di luar sebuah sekolah menengah di pinggir Paris, yang telah mengejutkan Perancis.
Dengan Benzema dituduh ada kaitan dengan kumpulan pengganas itu dengan menyumbangkan dana.
Buat masa ini Benzema hanya berdiam diri. Namun laporan juga menyebut, sebenarnya Benzema sudah merancang mahu menyaman Darmanin kerana tuduhan yang dianggap tidak berasas itu.
🚨 BREAKING: Karim Benzema is seriously considering filing a LAWSUIT against French Minister of Interior Darmanin for claiming "Benzema has notorious ties to the Muslim Brotherhood." @le_Parisien #rmalive pic.twitter.com/6DBf5lGFG2
— Madrid Zone (@theMadridZone) October 18, 2023