Ahli Silap Mata Yahudi Ini Klaim Dia Guna Kuasa Minda Membuatkan Sepakan Muller Kelaut

Seorang ahli silap mata dari Israel, Uri Geller membuat kenyataan yang agak gila. Di mana dia mengklaim bahawa dia telah menyelamatkan gawang England dari gol dengan hanya membaca: “Satu, dua tiga, bengkok!.”

Dan menurutnya, terus sepakan Thomas Muller membengkok ke arah lain. Uri Geller merupakan ahli silap mata yang dikenali dengan trik membengkokkan sudu. Telah menggunakan kaedah sama ke atas bola Muller.

Dia juga mengakui bertanggungjawab membantu England pada Euro 1996 ketika menentang musuh tradisi Scotland, dengan terbang menggunakan helikopter di sekitar Wembley dan kemudian menyebabkan Gary McAllister gagal menyempurnakan penalti dengan kuasa psikokinesis.

Bukan itu sahaja, dia turut mengklaim bahawa dia layak diberikan kredit ketika Reading mengelak penyingkiran pada 2002. Dia menyuruh penyokong Reading merenung matanya dan membaca mentera: “Menanglah Reading, menanglah!” sebelum sepak mula.

Reading berjaya kekal di EPL walaupun seri. Namun Alan Pardew tidak mahu memberikan kredit kepada Uli Geller yang mahu dirinya dikenang sebagai orang yang membantu Reading.

Kali ini, Geller membuat pengklaiman yang maha pelik di kalangan semua. Dia telah menuntut agar peminat England berterima kasih kepadanya kerana membantu membengkokkan bola Thomas Muller.

Ketika kedudukan 1-0, Muller mendapat bola hasil kesilapan Sterling. Dan dalam keadaan 1 lawan 1 dengan Pickford, Muller melepaskan percubaan yang melepasi penjaga gol tetapi tidak tepat.

Geller berkata: “Tiada dakwa dakwi lagi, kuasa minda saya yang bertanggungjawab ke atas kegagalan Muller itu,” kata beliau kepada Telegraph Yahudi, ataupun Jewish Telegraph.

“Masa tu, saya tengah nak mengorak langkah naik ke atas pentas. Saya berada di belakang langsir. Shipi – adik ipar saya – menyaksikan Euro pada telefon pintarnya dan saya pun menonton sekali.”

“Pemain saxophone pun ada masa tu [saksi] sebelah saya. Hakikatnya, ketika Muller mahu melakukan percubaan saya menjerit, satu dua tiga bengkok!!”

“Ketika saya melihat England menang, saya naik ke pentas dan semua orang bertepuk tangan. Jika kamu menyaksikan aksi ulang tayang rakaman saya masa tu, kamu akan kagum. Itulah dia kita pangil kuasa minda itu sangat luar biasa.”

Sebenarnya sebaik sahaja Muller melakukan miss tersebut, ada peminat yang menanti Uri Geller klaim dia guna kuasa dia membantu England.

Tak sangka Geller benar benar melakukannya.

Muller terus kempunan gol Euro

Thomas Muller dianggap salah seorang pemain prolifik dalam sejarah Jerman. Beliau antara pemain penting dalam carta penjaring gol Piala Dunia Jerman.

Tetapi dalam aksi Euro, Thomas Muller dengan sukar dipercayai terus gagal mencetak sebarang gol.

Dalam aksi berhadapan dengan England, Muller mendapat peluang keemasan yang sukar dicari lagi untuk memecahkan telurnya dalam Euro.

Tetapi ternyata Muller terus tidak berjaya keluar daripada suwey di Euro.

England menang 2-0 ke atas Jerman di hadapan penyokong mereka di Wembley dalam aksi 16 akhir Euro 2020.

Kemasukan Jack Grealish benar benar mengubah nasib England yang tercari cari percikan kreativiti di final third.

Muller melakukan kesilapan tidak tercapai dek akal

Ketika pasukannya memerlukan gol paling penting dalam perlawanan ini, ataupun mungkin gol paling penting dalam sejarah mereka, Muller mendapat peluang 1 lawan 1 dengan Pickford.

Ianya peluang terbaik buat Jerman untuk menyamakan kedudukan, selepas ketinggalan hasil gol Raheem Sepahtu eh Raheem Sterling.

Muller menerima bola dari kaki Havertz. Dan beliau gagal menjaringkannya. Apa yang Muller dapat lakukan hanyalah memegang kepalanya seolah olah tak percaya.

Muller sepatutnya menyempurnakan peluang tersebut berdasarkan reputasi beliau sebagai bintang berkelas dunia yang memiliki rekod gol yang sangat baik.

Selepas kegagalan itu, England menambah luka pada Jerman dengan gol kedua menerusi Harry Kane.

Kane akhirnya menamatkan kemarau jaringannya dalam Euro kali ini untuk memastikan England mara ke suku akhir Euro 2020.

Lalu rekod Muller di Euro terus buruk. 15 kali beraksi tanpa sebaran gol walaupun dia pernah diarahkan bersara sekali oleh Joachim Low dan kembali semula.

Itupun Muller masih gagal melakukannya. Lebih sedih apabila mengenangkan ini mungkin Euro terakhir untuk Thomas Muller yang tanpa dakwa dakwi sudah selayaknya bergelar legenda Jerman.

England meneruskan kemaraan mereka dalam usaha mereka mencari piala major pertama sejak 1966. Di mana selepas Piala Dunia 1966, England tak pernah menang sebarang piala major lagi, sama ada Piala Dunia ataupun Euro.