Aidil Shahrin : Objektif Pra Musim Adalah Untuk Mendapatkan “Match Fitness”

Pada ketika ini semua pasukan dalam Malaysia sedang sibuk mempersiapkan pasukan mereka bagi musim baru Liga Super 2020. Bagi Kedah musim ini mungkin merupakan musim yang sibuk bagi mereka.

Selain mempersiapkan pasukan mereka untuk aksi saingan Liga Super dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 29 Februari 2020 menentang JDT.

Kedah juga bakal mempersiapkan pasukan mereka bagi peringkat kelayakkan kejohanan Asian Champions League. Woofoo Tai Po bakal menjadi lawan mereka untuk aksi kelayakkan nanti pada 21 Januari 2020 di Stadium Darul Aman.

Woo Tai Po FC

 Perlawanan Jelajah Pra Musim Di Kemboja 

Sebelum jelajah pasukan Kedah bermula, mereka melakukan beberapa siri ujian iaitu menentang Tambun Tulang FC, Perak B-21 dan juga Kelantan FA. Dalam tiga perlawanan panas badan ini, Kedah menang 2 kali dan kalah 1 kali menentang Kelantan FA.

 

Kredit : Facebook FA Kedah

Dalam tempoh 9 hari Kedah di Kemboja, mereka telah dipersiapkan dengan 5 perlawanan persahabatan. Pada perlawanan pertama, Kedah telah menewaskan Visakha FC 1-0.

Pada aksi kedua, Kedah tewas ditangan Nagaworld dengan keputusan 2-3. Kemudian perlawanan ketiga, Kedah berjaya menewaskan pasukan yang diwakili Chan Vatanhaka iaitu Boueng Ket FC dengan keputusan 4-1.

Selain perlawanan persahabatan, Kedah berada di Kemboja adalah untuk merebut Piala Smart RSN, yang disertai oleh 3 pasukan. Iaitu Kedah FA, Angkor Tiger FC dan juga Phnom Penh Crown FC dari Kemboja.

Pada 12 Januari, aksi pertama Kedah dalam Piala Smart RSN telah bermula bagi menentang Angkor Tiger FC. Dalam perlawanan tersebut Kedah menang 1-0. Kedah bakal menghadapi perlawanan terakhir mereka di Kemboja menentang Phnom Penh Crown pada 14 Januari 2020.

Kredit : Facebook Rasmi FA Kedah

Bagi jurulatih Aidil Shahrin, ini adalah peluangnya sebaik mungkin untuk menguji taktikalnya ‘try and error’ sebelum liga bermula. Menurutnya, Kedah tidak dapat menurunkan 11 pemain terbaik bagi setiap perlawanan dan perlu melakukan ‘rotation’.

Bagi Aidil, agak mustahil untuk seorang pemain bermain 5 perlawanan dalam 9 hari. Perkara ini bakal meletihkan pemain dan bakal merisikokan lagi pemainnya untuk menghadapi kecederaan. Jadi ini, adalah peluang sebaiknya bagi Kedah untuk menguji semuan pemainnya dan diberikan ‘match fitness’ yang cukup.

Objektif Aidil Bagi Pra Musim

Matlamat Aidil adalah sangat jelas, beliau mahu kembalikan kecergasan pemain selepas kembali dari cuti panjang. Antara perkara yang ditekankan adalah minit perlawanan ataupun ‘match fitness’ dan persiapan fizikal sebelum musim bermula.

Selain itu, Aidil juga ingin memanfaatkan sebaik mungkin masa yang ada untuk melakukan eksperimen bagi menguji pemainnya dan dalam masa yang sama mencari kesebelasan terbaiknya sebelum musim bermula.

Menurut jurulatih Aidil Shahrin, selain mempersiapkan pemain lama. Harus diingatkan juga, mereka perlu mempersiapkan pemain baru seperti Hadin Azman, Amin Nazari, Kpah Sherman dan Kipre.

Bagi Aidil, dia perlu mencari keserasian diantara pemain baru dan juga pemain lama. Gandingan Kpah dan Kipre juga masih lagi mencari momentum dan keserasian mereka diatas padang memandangkan ini baru kali pertama disatukan dalam satu pasukan yang sama.

Bukan sahaja Kpah dan Kipre, tetapi pemain baru seperti Amin Nazari juga merupakan pemain baru. Ini adalah tugas Aidil untuk mencari keserasian yang terbaik untuk mereka dan mendapatkan momentum mereka sebelum musim bermula. Dalam yang sama, mereka perlu cepat menyesuaikan diri dengan sistem dan pasukan yang baru.

Kredit : Facebook Rasmi FA Kedah

Selain itu, Aidil juga berpendapat ini adalah peluang bagi pemain-pemain muda untuk menonjolkan aksi mereka dan memberi pendedahan yang berguna kepada mereka dalam perlawanan peringkat antarabangsa.

Kenyataan ini telah menjawab kerisauan peminat terhadap prestasi hambar pasukan Kedah dalam 3 perlawanan awal mereka dalam pra musim.

Coach Aidil juga meminta peminat pasukan Kedah bersabar untuk melihat hasil pasukan Kedah ini. Beliau menyeru dan meminta setiap penyokong untuk sentiasa bersama pasukannya. “Without Fans Football is Nothing” begitulah perkataan yang telah diungkapkan oleh Aidil.

Video temuramah jurulatih Aidil Shahrin oleh Kedah Fans Channel di sini.

Baca yang lain