Air Mata Neymar Bercucuran Selepas Alami Kecederaan Buku Lali Sekali Lagi

Neymar terpaksa dikeluarkan dengan stretcher selepas mengalami kecederaan buku lali yang kelihatan agak serius.

Bercucuran air mata Neymar ketika dia dikeluarkan kerana dia tahu baki kempennya musim ini berpotensi terancam.

Neymar mengalami kecederaan itu ketika pertembungan di antara Paris Saint-Germain dengan Lille dalam Ligue 1 pada Ahad.

Pemain antarabangsa Brazil itu menjaringkan gol kedua PSG dalam kemenangan dramatik 4-3 ke atas Lille.

Tetapi tercedera setelah mendarat dengan buku lalinya terpelecok selepas bersentuhan dengan pemain Lille Benjamin Andre pada minit ke-51 di Parc des Princes.

Neymar kelihatan cuba meneruskan perlawanan namun buku lalinya terus membengkak dan dia merasai kesakitan.

Neymar meraung kesakitan dan segera diberikan rawatan yang panjang. Neymar mengalami kecederaan buku lali yang sama pada Piala Dunia di Qatar lalu. Namun dia cepat sembuh kerana ketika itu kecederaannya tidak begitu serius walaupun bengkak teruk.

Kini PSG berharap Neymar akan segera sembuh. Ini kerana mereka memerlukan khidmat pemain itu terutama sekali dalam kempen Liga Juara Juara Eropah berdepan Bayern Munich pada aksi kedua timbal balik,

PSG berdepan tugas berat untuk mara ke pusingan seterusnya peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas tumbang 1-0 di tempat sendiri kepada Bayern Munich pada pusingan 16 pada Selasa. Pusingan timbal balik di Munich dijadualkan pada 8 Mac.

ESPN melaporkan pada hari Rabu bahawa presiden PSG Nasser al Khelaifi dan pemilik bersama Chelsea Todd Boehly bertemu awal minggu ini di Paris untuk membincangkan potensi perpindahan Neymar.

PSG kemudian mengesahkan bahawa Neymar menjalani imbasan MRI yang menunjukkan dia mengalami pergelangan kaki terseliuh tetapi tiada patah tulang. Ujian lanjut akan dijalankan dalam masa 48 jam akan datang sebelum mengetahui status sebenar kecederaan Neymar.

Beberapa hari lalu, penyerang itu telah diakhiri kritikan pedas kerana dianggap kurang komitmen selepas media Perancis melaporkan bahawa dia menghadiri kejohanan poker dan makan di restoran makanan segera selepas kekalahan Liga Juara-Juara minggu lalu.

Ketua jurulatih PSG Christophe Galtier kemudiannya mempertahankan Neymar dan berkata bahawa dia telah bercakap dengan pemain itu mengenai berita itu. Dan dia yakin Neymar cukup dewasa untuk menjaga dirinya.