Airbnb Tegas Nak ‘Kick’ Penginap Dari Neraka

Berikutan kes pembunuhan dengan tembakan di tempat tinggal sewa Airbnb di Orinda, California.

Syarikat Airbnb mengambil langkah drastik bagi memastikan tuan rumah dan penyewa selamat.

Pada 5 Disember, Timbalan Presiden Airbnb, Margaret Richardson, sudah memberikan kenyataan bahawa platform mereka akan mengenakan beberapa garis panduan baharu.

Dan ia akan diimplementasi pada awal 2020.

Telah banyak laporan tentang penyewa yang teruk termasuk berparti di dalam rumah yang disew dengan menghasilkan bunyi bising.

Ini juga membuatkan kejiranan jadi tidak tenteram.

Banyak rungutan daripada pelbagai pihak di mana para penyewa meletakkan kenderaan sesuka hati, merokok di dalam  rumah dan beribu-ribu rungutan tuan rumah berkenaan isu kebersihan sebelum tempat penginapan dikosongkan.

Ada juga berlaku banyak kes vandalisme yang dilakukan.

Richardson berkata: “Jika pelanggan melanggar peraturan dan standard yang kami tetapkan, kesalahan pertama akan diberikan amaran serta diberikan didikan tentang undang-undang Airbnb.”

“Kesalahan seterunsya akan membuatkan akaun pengguna akan dihapuskan dan tidak boleh menggunakan perkhidmatan kami lagi.”

CEO Airbnb iaitu Brian Cheski turut melancarkan talian hotline 24/7 kepada seisapa sahaja untuk melaporkan sebarang kes melibatkan Airbnb.

Ini akan membantu mereka mengesan pengguna perkhidmatan yang tidak mengikuti prosedur.

So korang yang pengguna tegar Airbnb ni kena rajinkan diri menyemak maklumat terkini dengan mereka la ye.

 

Baca yang lain