Kerjaya Roger Federer yang sarat dengan trofi berakhir dengan kekalahan pada hari Jumaat. Namun untuk kali ini, keputusan itu tidak penting apabila maestro Switzerland itu menuju ke persaraan dengan air mata dan sorakan terngiang di telinganya.
Dengan kehadiran 17,500 orang ramai di O2 Arena London memberikan selamat tinggal kepadanya, juara Grand Slam 20 kali itu kembali selepas lebih setahun beraksi bersama Rafa Nadal, pemain Sepanyol yang pernah membentu perseteruan paling menarik dalam tenis.
Federer-Nadal tewas di tangan gandingan Jack Sock dan Frances Tiafoe yang mencipta kemenangan 4-6, 7-6, dan 11-9 untuk Team World.
Selepas senyap seketika di sekitar arena yang penuh sesak, orang ramai bangkit untuk memberi tabik hormat kepada Federer yang berusia 41 tahun, atlet yang sangat dihormati, berkarisma dan bersemangat kesukanan tinggi telah beraksi di gelanggang tenis profesional selama 24 tahun.
Federer menghasilkan detik-detik keajaiban tanda dagangannya semasa pertarungan sengit dan mengawal emosinya.
Tetapi air mata mengalir selepas itu ketika Ellie Goulding menyanyi sambil montaj prestasi Federer ditayangkan di layar.
Apabila dia dipeluk oleh isteri, Mirka, anak-anak Leo, Lenny, Myla dan Charlene, serta ibu bapanya Lynette dan Robert, itulah detik paling sebak Fedex di atas gelanggang. Meninggalkan sukan yang dia cintai.
“Kami akan melalui ini, tapi entah bagaimana. Ia adalah hari yang indah. Saya memberitahu pemain lain bahawa saya gembira, bukan sedih,” kata Federer, yang mengumumkan minggu lalu bahawa ini akan menjadi acara terakhirnya selepas bergelut untuk mengatasi kecederaan lutut.
“Saya seronok mengikat tali kasut sekali lagi, semuanya adalah kali terakhir,” tambahnya.
‘i’m so happy. i’m not sad. ok?’
roger federer to his children 💔 pic.twitter.com/bdDKSM5k42
— mimi🧍🏻♀️| i love roger federer (@rafastefbaes) September 23, 2022
“Bermain dengan Rafa dan bersema dengan semua yang hebat di sini, semua legenda.”
Federer jelas terharu ketika dia mengucapkan terima kasih kepada isterinya. Dia akui kesal kerana dia tidak bersara lebih awal demi isterinya.
“Dia boleh menghalang saya sejak sekian lama tetapi dia tidak melakukannya. Dia membuatkan saya terus kekal dan membenarkan saya bermain, jadi ia sangat mengagumkan terima kasih,” katanya.
“Saya telah melakukan ini beribu kali, tetapi yang ini terasa berbeza. Terima kasih kepada semua orang yang datang malam ini,” tulis Federer di Twitter.
I’ve done this thousands of times, but this one feels different. Thank you to everybody who’s coming tonight. pic.twitter.com/lmPWTNzjbn
— Roger Federer (@rogerfederer) September 23, 2022
Sorakan nyaring mengiringi Federer dan Nadal, atau ‘Fedal’ seperti yang dijuluki kepada perseteruan mereka, kali ini Fedal adalah rakan sepasukan. Masuk ke gelanggang membuatkan peminat teruja sejak mereka melakukan pemanasan lagi.
Paling menyentuh hati peminat, Rafael Nadal turut menangis sebak ketika Federer menangis. Siapa sangka, kedua duanya benar benar menghargai satu sama lain pada akhir karier mereka selepas perseteruan yang tidak dapat dijelaskan.
Rafa Nadal and Roger Federer in tears after Federer’s retirement is the best sports moment you’ll see in some time.
Ultimate respect. 🐐🐐 pic.twitter.com/fUeY8wQSTM
— Barstool Sports (@barstoolsports) September 23, 2022