Ousmane Dembele dikenali dengan reputasinya yang suka datang lewat ke pusat latihan.
Malah sebelum ini, hanya 2 hari selepas Xavi umum 10 peraturan baharu, Dembele sudah melanggar salah satu daripada peraturan tersebut.
Ini apabila Dembele tiba 3 minit lewat di pusat latihan. Ini adalah ringkasan 10 peraturan baru Xavi di Barca.
1. Pemain harus berada di perkarangan kompleks latihan 90 minit lebih awal
2. Staf harus berada di pekarangan latihan 2 jam lebih awal
3. Pemain harus makan di dewan makan kelab pada hari latihan
4. Sesiapa yang ingkar akan didenda
5. Denda akan digandakan untuk kesalahan yang berulang
6. Pemain harus berada di rumah, 48 jam sebelum perlawanan (lebih kepada kerana peraturan pandemik)
7. Sistem meritokrasi – tiada layanan istimewa kepada pemain senior atau bintang
8. Pergerakan pemain ke tempat lain ataupun kelakuan di luar padang akan dipantau
9. Pemain dilarang melakukan aktiviti bahaya
10. Pemain harus menjaga imej kelab sepanjang masa
Dembele kemudian didenda kerana kelewatannya. Ini bukanlah perkara yang mengejutkan kem Barcelona. Kerana Dembele memang pemain yang sangat berpotensi melanggar peraturan lewat tersebut.
Beberapa tahun lalu, Barcelona pernah menghantar pegawai kelab ke rumah Dembele, risau kalau ada apa apa berlaku kepadanya.
Ini selepas Dembele langsung tak mengangkat telefonnya. Rupa rupanya, pukul 2 petang, dia masih lena tidur di katilnya.
Sampaikan Barca memasukkan klausa khas melarang dia mematikan telefon bimbit atau meletakkan mod senyap pada sebelah malam.
Dembele merupakan kaki video game dan suka tengok drama bersiri seperti di Netflix.
🇫🇷 @Dembouz has reportedly been banned from turning off his phone & keeping it on silent by Barcelona.
⏰ He turned up to training 2 hours late again last Sunday.
🌙 According to reports, he stays up into the early hours of the morning…
🎮 Playing video games & watching TV. pic.twitter.com/4cYaPBi5fX
— SPORF (@Sporf) December 15, 2018
Oleh itu, Dembele pastinya sangat sukar untuk menepati peraturan disuruh datang awal untuk latihan sebelah pagi yang biasanya pada 10 pagi.
Para pemain dikehendaki oleh Xavi melapor diri pada 8.30 pagi. Sementara staf kejurulatihan perlu melapor diri 8 pagi.
Xavi berusaha membantu Dembele untuk pulih lebih awal dan cuba mencapai potensi terbaiknya.
Xavi malah melabel Dembele sebagai pemain yang boleh menjadi pemain terbaik dunia di posisinya.
Jadi, berita Dembele punch card awal di pusat latihan ini benar benar satu kejutan buat pegawai Barcelona. Sebelum ini sudah beberapa pengurus yang menguruskan Barca dan Dembele, tapi dia tetap tak makan saman.
12/11/21: Dembele arrived at training 3 min late and was the first Barcelona player to get fined.
3 days later: Dembele was the first Barcelona player to arrive at training.
Dembele already improving his discipline, love to see it👊 pic.twitter.com/ZDH9RZAgD5
— 🇸🇷clowny🇸🇷 (@CrazyClownytr) November 15, 2021
Wartawan Goal Alex Pintanel yang berada di kompleks Barca mengesahkan perkara tersebut kepada umum.
✅ DEMBÉLÉ el primero en llegar.
🔜 XAVI recupera a los internacionales españoles BUSQUETS, GAVI y ALBA.
📸 Baño de masas de GAVI.
⏰ 18h primer entreno de DANI ALVES.
📺 Lo vemos todo ahora en #Golsports @Gol
— Alex Pintanel (@alexpintanel) November 15, 2021
Xavi memulakan sesi latihannya pada minggu lalu sebaik sahaja diumum sebagai pengurus baharu Barcelona.
Selain itu, Barcelona sudah mengumumkan Dani Alves kembali menyertai mereka sebagai ejen bebas.