Ajax kini sedia untuk menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan terlepas Graham Potter.
Hal ini kerana pengurus itu menarik perhatian banyak kelab lain.
Bekas pengendali Chelsea itu bercuti setelah dipecat Chelsea sebelum ini. Dia kini sedia untuk kembali ke dalam pengurusan.
Graham Potter ketika di Brighton dianggap pengurus Inggeris yang sangat hebat dalam taktikal. Namun segalanya kurang menjadi ketika di Chelsea.
Itu membuatkan dia dipecat pada April 2023. Dan digantikan oleh Mauricio Pochettino yang mengambil alih pada musim seterusnya.
Potter sebelum itu dilantik menggantikan Thomas Tuchel yang membantu kelab itu menjadi juara Liga Juara Juara Eropah.
Ajax antara kelab yang mahukan Graham Potter. Rundingan antara kedua dua pihak dilaporkan sudah pun bermula. Terdapat halangan dari segi permintaan gaji oleh Potter yang agak tinggi.
Ini ditambah dengan minat daripada kelab EPL seperti Crystal Palace membuatkan nilai gaji Potter sangat tinggi.
Bukan itu sahaja, nama Potter turut berada dalam radar Sir Jim Ratcliffe dalam senarai calon untuk menguruskan Man United pada masa akan datang.
Ajax kini sedia menarik diri daripada rundingan dengan Potter kerana tidak mahu membuang masa yang banyak untuk berunding dengan Potter.
Ajax beralih kepada seorang lagi pengurus luar negara Belanda iaitu pengurus Nice, Francesco Farioli. Pengurus itu baru berusia 35 tahun.
Ajax yakin bahawa mereka akan dapat meyakinkan pengurus itu untuk menyertai mereka. Dengan menawarkan pengurus itu kawalan penuh dalam pengurusan pemain termasuk jual beli pemain.
Sebelum ini pengurus di Ajax berdepan dengan masalah campur tangan langsung daripada pengarah sukan dalam jual beli pemain. Sudahnya, Ajax hanya menjual namun tak membeli pemain pengganti yang setaraf dengan pemain yang mereka telah jual.