Ajax Amsterdam mengalami kekalahan terburuk mereka dalam sejarah Eredivisie dalam aksi menentang musuh tradisi Feyenoord di De Kuip.
Ajax dibelasah Feyenoord 6-0 dalam aksi yang dikuasai sepenuhnya pasukan tuan rumah. Feyenoord mencipta kemenangan terbesar ke atas seteru mereka itu. Memadamkan rekod kemenangan 9-4 yang dicipta pada 29 November 1964.
Sebelum ini, pada aksi pusingan awal liga, Feyenoord menang 4-0 di Johan Cruijff Arena.
Dalam sejarah liga Belanda, ini adalah kali ketiga Ajax kalah 6-0 dalam sejarah. Namun pada era Eredivisie, inilah kekalahan terburuk mereka setakat ini.
Separuh masa pertama sahaja sudah 3-0 menerusi gol Igor Paixão, star Yankuba Minteh dan Dávid Hancko. Pada separuh masa kedua, Minteh, Quinten Timber dan Paixão mencetak 3 lagi gol.
Kemenangan itu membolehkan Feyenoord duduk di tangga kedua dengan aman dan kini motivasi mereka sangat tinggi menjelang aksi final Piala Belanda menentang NEC Nijemegen dalam dua minggu lagi.
Ianya musim yang sangat buruk buat Ajax yang bergelut sejak ditinggalkan Erik Ten Hag. Mereka pada satu ketika bergelut di zon penyingkiran.
Feyenoord achieve its 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓-𝐄𝐕𝐄𝐑 victory against eternal rival Ajax 🤯 pic.twitter.com/eGbYOnhq7N
— 433 (@433) April 7, 2024
Pengurus Ajax interim John van t’Schipp menyifatkan kekalahan ini sangat memalukan dan akan menghantui mereka untuk tempoh yang lama. Dia pasti sedar keputusan seperti ini akan mengurangkan peluangnya untuk bergelar pengurus tetap.
Dia berkata: “Memalukan dan mengecewakan. Ini adalah hari yang kamu mahu padamkan daripada ingatan kamu dengan secepat mungkin. Namun ia akan tetap menghantui kami untuk masa yang lama.
“Kami menerima banyak sokongan daripada peminat kami dalam beberapa minggu ini, dan hari ini…..”
“Ini adalah kegagalan bersama. Kami tak dapat hantar bola kepada satu sama lain lebih daripada tiga kali dan kemudian melakukan banyak kesilapan,” tutup beliau dalam keadaan sangat aib.
Selepas tamat perlawanan, pemain terbaik yang menjaringkan 2 gol dan mencetak 1 assist, Yankuba Minteh berjalan kaki balik ke rumahnya. Ini kerana pemain berusia 19 tahun itu masih belum ada lesen memandu.
😂🇬🇲 Feyenoord winger Yankuba Minteh casually walking home after dropping 2 goals + assist vs Ajax! 🚶♂️
The reason is he does not have a driving license yet. pic.twitter.com/WRlHcrN0gv
— EuroFoot (@eurofootcom) April 7, 2024
Ajax berharap mereka akan bangkit pada musim hadapan. Dan musim ini mereka cuba menempatkan diri dalam kejohanan eropah seperti UEL atau UECL.
Daripada juara Belanda, kini Ajax bergelut untuk bangkit. Ianya selepas kelab tersebut terlalu emosi menjual bintang bintang utama mereka yang ditawarkan dengan harga tinggi. Masalah utama, mereka tidak membeli bintang baharu yang boleh menggantikan tempat pemain pemain itu.
Hal ini kerana polisi perpindahan kelab yang kedekut membuatkan peminat bengang. Bekas kapten mereka, Dusan Tadic menamatkan kontrak dengan klausa khas. Kerana kelab tidak menepati janji akan berbelanja di jendela perpindahan.
Itulah kisah sedih Ajax daripada semifinal UCL beberapa musim lalu dan aksi cemerlang menyingkirkan Madrid di Bernabeu kepada ciptaan rekod kekalahan memalukan dalam sejarah Eredivisie.