Saga perpindahan Lucas Ocampos ke Ajax dianggap sangat pelik. Malah satu ketika pemain itu dilaporkan sudah pulang ke Sepanyol kerana kecewa dengan rundingan antara Ajax dan Sevilla.
Semuanya adalah kerana Ajax yang tidak setuju dengan harga €20 juta diminta Sevilla. Ajax menganggap harga itu terlampau mahal. Dan beranggapan bahawa Sevilla cuba mengambil kesempatan di atas situasi kewangan mereka.
Rundingan tersebut dikakatan telah gagal kerana lembaga pengarah menentang pembelian tersebut yang dianggap agak mahal dan berkata mereka tidak ada jaminan bahawa pemain itu akan cemerlang bersama Ajax.
Namun dalam suasana yang agak sukar dijelaskan, pengurus Ajax tetap mahukan Ocampos selepas mereka bergelut mencari pengganti Antony. Dengan Ajax tidak mahu meneruskan rundingan dengan Chelsea untuk Hakim Ziyech yang diletakkan harga €44 juta oleh Chelsea.
Harga yang dianggap Ajax sebagai cekik darah.
Berbalik kepada rundingan Ocampos, Ajax dan Sevilla akhirnya berjaya mencapai kesepakatan perpindahan secara pinjaman untuk pemain tersebut. Walaupun pada awalnya Ajax menyatakan mereka tidak mahukan pemain itu selepas penilaian oleh BOD kelab.
Lebih menarik apabila mereka memaklumkan tidak berminat dengan pemain itu lagi, ketika Ocampos dalam penerbangan ke Amsterdam.
Sevilla merasakan bahawa mereka akan dapat menjual Ocampos dengan €20 juta dan sudah sedia membeli Adnan Januzaj dari Real Sociedad. Nam
Mundo Deportivo menyatakan bahawa Ajax setuju untuk membayar €20 juta tetapi mereka merumitkan cara pembayaran kerana mahukan jaminan. Dan akhirnya tidak setuju dengan perpindahan itu.
🚨 – JUST IN: The supervisory board of Ajax – who in the end refused to pay €20M for Lucas Ocampos – would like to take the player on a one year loan deal. [@Hamstelaar]
What are we doing…
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) August 31, 2022
Fabrizio Romano turut mengesahkan bahawa rundingan tersebut hampir gagal namun dihidupkan semula. Kemudian Ajax memutuskan untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman terlebih dahulu berbanding membelinya terus.
Lucas Ocampos to Ajax, deal done and confirmed. All the issues will be resolved — deal will be signed on loan between Ajax and Sevilla. 🚨⚪️🔴 #Ajax
Vlachodīmos deal, collapsed after the board stopped the negotiations when it was already done. pic.twitter.com/w0H7JRPKQ8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 31, 2022
Ocampos akan menjadi pemain pinjaman jangka panjang untuk semusim di Ajax sehingga 2023. Dengan adanya obligasi untuk Ajax membeli pemain itu secara tetap.
🚨 – OFFICIAL: Lucas Ocampos is joining on loan until June 2023 with an option to buy! 🇦🇷🌟 pic.twitter.com/qwlzU329gy
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) August 31, 2022
Selamat datang ke Ajax!
https://youtu.be/nY30otu12VQ