Ajax Tolak Tawaran €80 Juta Man United Untuk Membeli Antony

Ajax telah menolak tawaran €80 juta daripada Manchester United untuk pemain sayap Brazil mereka, Antony, menurut David Ornstein.

The Red Devils telah mengejar Antony sejak Erik ten Hag menjadi pengurus baharu kelab itu pada bulan Mei. Namun mereka memperlahankan momentum tersebut selepas Ajax berkeras tak mahu menjual pemain itu.

Tetapi, oleh kerana Man United terlepas beberapa penyerang lain, maka mereka kembali kepada Antony.

Manchester memasuki jendela perpindahan musim panas dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan Frenkie de Jong, Antony, Jurrien Timber dan Darwin Nunez semuanya dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.

Dua bulan kemudian, mereka belum meyakinkan De Jong untuk menyertai kelab mrereka dan Antony dan Timber masih bersama Ajax di Amsterdam, dengan jendela perpindahan memasuki minggu terakhir.

Timber sudah rasmi menandatangani kontrak baharu dengan Ajax.

Nunez, menyertai musuh ketat Liverpool pada Julai dengan bayaran rekod kelab pada awal jendela perpindahan.

Nampaknya United akhirnya seolah olah hampir mengaku kalah dalam mengejar De Jong setelah berminat dengan Adrien Rabiot dari Juventus dan Casemiro dari Real Madrid.

Namun rundingan dengan Rabiot dilaporkan sudah mati. United menawarkan £15 juta untuk Rabiot yang diterima oleh pihak Serie A, bagaimanapun, tidak dapat mencapai persetujuan atas syarat peribadi.

Usaha United untuk mendapatkan Casemiro kelihatan agak positif dengan Madrid dilaporkan terbuka untuk membenarkannya pergi dengan harga yang sesuai.

Penyerang sayap masih dalam agenda Ten Hag dan Red Devils telah dikaitkan dengan pemain sayap Atletico Madrid, Yannick Carrasco minggu ini.

Dan menurut wartawan The Athletic, David Ornstein, United telah menghidupkan semula minat mereka terhadap Antony selepas memberi tumpuan kepada sasaran lain sejak beberapa minggu lalu.

Ornstein mendakwa kelab Liga Perdana itu membuat tawaran besar €80 juta (£67.6 juta) untuk menandatangani pemain Brazil itu, tetapi ia ditolak oleh Ajax.

Ajax malah meminta sekurang kurangnya berharap untuk menerima €94 juta (£80 juta} untuk pemain berusia 22 tahun itu.

Ia akan menjadi satu cabaran besar bagi Manchester United untuk melengkapkan tandatangan Antony, walaupun Ten Hag terdesak untuk memperbaiki barisan hadapannya.

Susulan penolakan tawaran terbaru mereka, hierarki Red Devils ‘tidak optimistik’ untuk membawa bekas pemain sayap Sao Paulo itu ke kelab itu.

Ajax berkeras mahu mengekalkan pemain itu. Oleh itu, pemain sayap PSV, Cody Gakpo adalah sasaran yang lebih realistik untuk United.

United masih mengutamakan pemain tengah, tetapi masih dalam pasaran untuk pemain sayap, penyerang, bek kanan dan penjaga gol simpanan selepas pemergian Dean Henderson secara pinjaman semusim.

Ia akan menjadi dua minggu terakhir yang sibuk pada jendela musim panas untuk kelab Liga Perdana itu.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.