Akademi JDT Tandatangani Wonderkid Viral Dari Terengganu

Beberapa minggu lalu tular aksi kanak kanak yang memukau ramai. Dan ianya mendapat perhatian ramai pihak.

Dalam satu perkongsian dibuat oleh Aidir Photography, video itu dikongsi semula lebih 2,500 kali di Facebook.

Itu belum kira yang memuat naik semula video tersebut di page lain.

Siapa sangka dia turut mendapat perhatian daripada JDT.

JDT mengumumkan penandatanganan pemain cilik itu menerusi sidan media rasmi kelab yang diketuai Allistair Edwards.

Adik yang bernama Muhmmad Aqil b Mohd Shamsul Aswadi juga akan dibiayai dari segi pendidikan dan juga penginapan.

Ini untuk membantu Aqil membangun sebagai seorang pemain dan seorang insan yang baik.

JDT dalam kenyataannya berkata:

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah menandatangani pemain muda berusia 13 tahun, Muhammad Aqil b Mohd Shamsul Aswadi dari Terengganu.

Remaja tersebut akan menyertai Akademi JDT. Akademi JDT adalah satu-satunya akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan. Luaskan Kuasamu Johor.

Ternyata ramai memuji akademi JDT yang dianggap pantas bertindak mendapatkan Aqil sebelum dikontrak oleh akademi lain.

Akademi JDT antara akademi yang paling menjadi pilihan ibu bapa untuk anak anak mereka yang berbakat dalam bola sepak.

Ini kerana fasiliti dan juga reputasi kelab JDT itu sendiri.

Sehinggakan dalam jelajah akademi JDT ke beberapa tempat di Malaysia, ianya mendapat sambutan sangat hangat.

Baca yang lain