Satu pusat latihan ataupun akademi untuk pemain bola sepak akar umbi telah didirikan berhampiran Kuil Shaolin di utara China dengan murid-murid yang telah belajar kung fu sambil mengikuti latihan bola sepak.
Pusat latihan bola sepak itu terletak di Shaolin Tagou Martial Arts School di Dengfeng di wilayah Henan.
“Ini adalah usaha berani provinsi untuk membawa Shaolin kung fu ke dalam bola sepak serta untuk mendalami lagi reformasi bola sepak serta mempromosikan seni mempertahankan diri China,” kata Zhang Wenshen, pengarah biro sukan pemerintah di Henan.
Tiga jurulatih bola sepak profesional berpengalaman telah dihantar ke pangkalan latihan oleh pemerintah bagi mengajar cara bermain bola sepak yang betul.
Akademi ini telah menubuhkan dua kelas yang terdiri daripada 50 orang murid. Kelas ini terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 10 hingga 12 tahun.
Kanak-kanak itu dipilih daripada murid yang bersekolah di sekolah kung fu.
Kerajaan China telah merestui idea ini dan membantu untuk menubuhkan sistem latihan bola sepak yang selaras dengan sistem latihan kebangsaan. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan standard permainan bola sepak di China.
Pasukan kebangsaan China hanya pernah mara ke final Piala Dunia sekali dan mereka gagal memenangi satu perlawanan pun. Sedangkan China merupakan negara dengan populasi terbesar di dunia.
Pada hari ini China memiliki liga bola sepak antara yang paling tinggi gajinya di dunia.
Sekolah Seni Mempertahankan Diri Tagou ini dibangunkan pada tahun 1978 sebagai salah satu usaha menyokong kebangkitan kung fu di China.
Selain itu, ianya juga ditubuhkan kerana inspirasi daripada filem Jet Li yang terkenal — Shaolin Temple.
Kuil Shaolin yang dibina oleh seorang biarawati Buddha yang datang ke China dari India pada tahun 464 selepas masihi untuk menyebarkan ajaran Buddha dan telah dimusnahkan,
Namun ianya telah dibina semula berkali-kali sepanjang sejarah.
Shaolin Kung Fu telah berkembang menjadi salah satu seni bela diri yang pelbagai variasi, tetapi asas utamanya tetap sama, biasanya terdiri dari kemahiran asas stamina, fleksibiliti dan keseimbangan, meditasi qigong dan kemahiran bertempur.
Shaolin Soccer adalah judul filem komedi seni mempertahankan diri dari Hong Kong tahun 2001 yang ditulis dan diarahkan oleh Stephen Chow, di mana seorang bekas pelajar Shaolin menyatukan kembali saudara saudarnya setelah kematian guru mereka.
Mereka menerapkan kemahiran kungfu luar biasa mereka untuk bermain bola sepak dan membawa Shaolin Kung Fu kepada masyarakat moden.
Inspirasi dari filem inilah akademi bola sepak berteraskan kungfu ini diwujudkan.
Rujukan: SCMP