Akaun Twitter & IG Milik Facebook Digodam Pula

Mungkin korang agak pening nak memikirkan apa sebenarnya berlaku. Cerita dia, akaun Twitter rasmi milik Facebook telah digodam.

Penggodam tersebut menggelarkan kumpulan mereka sebagai OurMine. Sebuah kumpulan penggodam yang popular dengan kemampuan mereka menggodam akaun akaun media sosial yang besar.

Sebelum ini mereka pernah merembat akaun Twitter milik bintang WWE sehinggalah ke HBO.

Hacker sempat memuat naik tweet dengan akaun milik Facebook tersebut dan menyatakan bahawa Facebook memiliki sekuriti yang lebih baik daripada Twitter.

“Oh ya, Facebook adalah boleh digodam. Tetapi sekurang kurangnya keselamatan mereka lebih baik daripada Twitter.”

Dalam satu lagi tweet yang dipadam, hacker turut mengetag nama Vlogger gossip iaitu Keemstar.

Twitter mengesahkan ia adalah satu godaman. Twitter dalam kenyataannya berkata:

“Akaun telah digodam menggunakan platform pihak ketiga. Sebaik sahaja kami menyedari perkara ini, kami terus menyekat akaun yang berkaitan dan kami bekerjasama dengan rakan kami Facebook untuk mengembalikan semula akaun mereka.”

Selain daripada akaun Twitter milik Facebook, akaun Instagram milik Facebook pun turut terkena. Namun ianya dipercayai sudah diselesaikan dengan cepat apabila post tersebut dipadam.

Facebook dan Twitter sebelum ini saling mengagungkan bahawa platform mereka lebih kuat tahap keselamatannya.

Namun selepas penggodaman seperti ini, jelas sekali menunjukkan kedua duanya adalah ‘hackable’. Cuma berdasarkan OurMine, Twitter adalah lebih rapuh.

Cepat pula dia berusaha mengembalikan akaun Twitter milik Facebook – apabila kena godam – kan?

Pastinya Facebook dan Twitter perlu untuk menguatkan lagi tahap keselamatan platform media sosial milik meeeka selepas ini.

Media sosial merupakan alat komunikasi yang sangat penting dan banyak menyimpan maklumat peribadi termasuk gambar gambar para penggunanya.

Facebook sebelum ini pernah disindir oleh Elon Musk, apabila aplikasi milik mereka iaitu WhatsApp dilabel Elon Musk sebagai sampah.

Musk menganggap WhatsApp sebagai paling tak selamat untuk digunakan.

Ianya berlaku beberapa hari selepas Mark Zuckerberg beriya mengutuk dan menghentam Tiktok sebagai tak selamat dan diragui tahap keselamatannya.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.