Pemain pertahanan Belanda, Nathan Ake membidas wartawan yang memperbesar besarkan isu penyokong Belanda membuat blackface.
Baru baru ini beberapa penyokong Belanda telah tampil dengan kostum dan mewarnakan kulit mereka dengan warna gelap untuk meniru legenda mereka Ruud Gullit.
Wartawan dan peminat kemudian mengutuk tindakan itu sebagai rasis dan mahu penyokong tersebut dihukum.
Legenda Belanda Ruud Gullit pula tidak terasa hati malah suka kerana dia menganggap itu satu penghormatan di mana generasi baharu hari ini masih ingat dengannya.
“Saya malah rasa berbesar hati mereka berbuat begitu,” kata bekas pemain Chelsea dan AC Milan itu.
Penyokong yang meniru wajah Ruud Gullit itu menyatakan dia sedia untuk berhenti melakukannya. Kerana menurutnya mereka seringkali berpakaian meniru Ruud Gullit sebelum ini untuk hadir ke perlawanan Belanda.
Namun begitu mereka mendapat tahu bahawa Ruud Gullit baik baik sahaja dengan apa yang mereka lakukan dan mereka tidak mungkin akan melakukannya lagi.
Pemain kebangsaan Belanda, Nathan Ake meminta pihak yang terlalu sensitif agar menghentikan kecaman. Kerana menurut Ake, sekarang ini masyarakat terlalu sensitif dan menganggap benda remeh sebagai rasis.
Ini membuatkan dunia hari ini menurut Ake jadi tak seronok kerana terlalu ramai yang memperbesar besarkan perkara seperti itu.
Ake berkata: “Saya tak nampak di mana masalahnya di sini. Boleh tak saya jujur di sini? Perkara seperti ini sudah menjadi tak terkawal sekarang.
“Kita sepatutnya membenarkan perkara seperti ini. Ruud Gullit sendiri dah cakap dia rasa itu satu penghormatan untuknya. Ayuh sama sama hentikan buat perkara seperti ini sebagai satu masalah.”
Beberapa tahun lalu bintang Atletico, Antoine Griezmann turut menerima kecaman kerana kostum blackface sebagai tribute kepada legenda NBA.