Akhirnya Barcelona Dapat Eric Garcia Secara Percuma

Barcelona berjaya menandatangani pemain ke-2 musim ini. Selepas mendapatkan Sergio Aguero secara percuma, giliran Eric Garcia hadir juga secara percuma.

Kedua-dua pemain tersebut dari Manchester City.

Garcia telah menandatangani kontrak selama 5 tahun yang bakal berakhir pada hujung musim 2025/26. Barcelona juga meletakkan klausa pelepasan sebanyak €400 juta.

Pada jendela perpindahan musim lepas, Barcelona sudah berusaha untuk membeli Garcia namun tidak mencapai kata sepakat tentang harga. Garcia pula telah memberitahu kelab, dia tidak akan menyambung kontraknya di Etihad.

Pada ketika itu Barcelona membida dengan harga £10 juta pokok berserta £8 juta tambahan.

Manchester City pula mahukan £20 juta termasuk beberapa klausa tambahan. Walaupun hanya kurang £2 juta, Manchester City cukup berkeras dengan harganya.

Dalam masa sama Manchester City membeli 2 lagi pertahanan baru iaitu Ruben Dias dan Nathan Ake. Manchester City membelanjakan £105 juta untuk mendapatkan 2 pertahanan tengah ini.

Dias dan Ake menyertai Aymeric Laporte, John Stone di posisi pertahanan tengah. Peluang Garcia agak terhad dengan kehadiran 2 pemain baharu tersebut.

Krisis kecederaan kecil melibatkan beberapa pemain pertahanan Manchester City pada awal musim telah memberi peluang buat Garcia.

Barcelona kembali lagi pada jendela pertengahan musim, kali ini membida Garcia dengan harga yang lebih rendah iaitu sekitar £7 juta. Ia disebabkan kontrak Garcia hanya berbaki 6 bulan.

Bagaimanapun Barcelona pula mempunyai isu. Kelab tiada Presiden. Hanya presiden mempunyai kuasa membeli pemain.

Selepas gagal dalam 2 jendela perpindahan  penantian itu berakhir apabila Barcelona melengkapkan perpindahan secara percuma.

Kontrak Garcia di Manchester City sudah habis, tiada lagi rundingan tentang harga yang perlu memuaskan hati 2 pihak.

Garcia merupakan bekas pelatih remaja Barcelona yang kemudiannya menyertai Manchester City pada tahun 2018.

Garcia menghabiskan masa selama 4 tahun di Etihad. Pemain ini terlibat dalam semua pasukan peringkat umur disana, menjadi kapten pasukan B19 dan B23.

Garcia mendapat debut senior pertama pada usia 18 tahun seterusnya mengumpul 35 penampilan.

Walaupun belum menjadi pemain utama kelab, Luis Enrique memberi kepercayaan kepada Garcia untuk menyarung jersi kebangsaan Sepanyol.

Kepulangan semula Garcia akan menyaksikan pemain ibi bakal bermain dengan Ansu Fati.

Fati merupakan rakan sepelatihnya di peringkat remaja Barcelona.

Mereka berdua merupakan rakan karib yang ingin bermain bersama di peringkat tertinggi.

Barcelona mengeluarkan kenyataan tentang corak permainan Garcia sesuai dengan kelab dan pemain ini cukup faham dengan falsafah kelab itu.

Ketika di Barcelona, Garcia juga merupakan kapten di peringkat semua umur. Pemain ini membesar dengan Charles Puyol dan Javier Mascerano.

Kini Barcelona sudah mendapat 2 pemain baharu secara percuma dan sedang berunding dengan Leonel Messi supaya kekal di Nou Camp.

Baca yang lain