Akhirnya Guardiola ‘Dibunuh’ Dengan Cara Yang Beliau Sudah Tahu

Sebenarnya, Man United memang sangat bahaya dengan serangan balas mereka.

Ini kerana ada beberapa perkara yang mereka lakukan dengan sangat kemas.

Serangan balas merupakan aspek yang penting di dalam bola sepak. Dan buat masa ini, kekuatan utama United adalah serangan balas.

1. Kelajuan

Ini adalah aspek yang sangat penting. Apabila anda melancarkan serangan balas, anda perlu laju.

Hal ini kerana pasukan lawan berada dalam keadaan numerical disadvantage di belakang.

Apabila anda lambat, anda akan membolehkan lawan untuk regroup dan reshape.

Daniel James dan juga Marcus Rahford adalah 2 pemain penting untuk memastikan mereka menyerang balas dengan laju

2. Penyudah

United memiliki kemampuan untuk menyudahkan serangan balas dengan baik. Kerana mereka kadangkala tidak memiliki peluang yang banyak apabila berhadapan dengan pasukan seperti City.

Mereka perlu memastikan setiap peluang yang mereka ada itu disudahkan dengan kualiti.

Tapi game semalam tu banyak la peluang dia haha.

Dalam perlawanan menentang Chelsea. Mereka bukan pasukan dominan. Namun 3 daripada 4 gol mereka adalah direct daripada serangan balas.

Isu dalam serangan balas United itu tetap ada.

1. Kepantasan membuat keputusan

Laju tak semestinya anda pantas dalam membuat keputusan. Ada beberapa ketika mereka indecisive dalam serangan balas.

Misalnya dalam aksi semalam. Ada beberapa kali Daniel James ‘caught two minded’ membuatkan beliau mengambil 1-2 saat ekstra sebelum melepaskan hantaran.

Ada kadangkala memang anda perlu melengahkan sedikit, tetapi itu dalam keadaan anda memang dah tahu apa nak buat.

2. Kualiti sokongan daripada belakang

Ini perkara yang aku rasa United paling crucial. Sebab itu dalam semua serangan balas mereka. Pemain penyerang akan melakukan apa sahaja untuk memastikan bola dirembat.

Ini kerana mereka kurang kemampuan untuk second ball daripada second layer untuk recover, counterpressing dan sebagainya.

Tetapi kualiti pemain seperti James, Rashford dan Martial memang ada kualiti teknikal. Sebab tu kekadang ada isu agak bergantung dengan teknikal.

Rumusan

Walaupun United masih lagi dalam proses membentuk pasukan benar benar padu. Namun mereka tetap pasukan yang tahu cara untuk menyakitkan lawan mereka terutama dalam big game.

Tetapi yang menjadi masalah mereka adalah konsistensi ketika dalam winnable game ataupun lawan pasukan bukan big 6.

Mesti kau tanya, apa kaitan topik dengan benda kau nak cerita?

Sebenarnya sebelum perlawanan Pep Guardiola sudah menyatakan Man United pasukan paling bahaya dalam serangan balas.

Malang sekali beliau tidak menyediakan pelan sebaiknya untuk overcome benda yang beliau sudah tahu memberikan bencana kepadanya.

Manchester United memerahkan bandar Manchester pada hari ini. Harapan top four hiduplah kan. Mereka memang nak top 4 musim ni. Sasaran utama.

Fans United gembira dan fans Liverpool pun tumpang gembira. Jangan nak menipu.

Baca yang lain