Sepanyol akhirnya meraih kemenangan pertama pada pelawanan terakhir peringkat kumpulan.
Skuad bimbingan Luis Enrique berpesta gol menewaskan Slovakia 5-0 di laman sendiri, Estadio De La Caturja, Sevilla.
Banyak peristiwa menarik yang berlaku dalam perlawanan tersebut. Sepanyol seharusnya berada dihadapan apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti seawal minit ke-12.
Namun penyerang yang sering menerima kritikan ekoran ketumpulan menyudahkan peluang, Alvaro Morat gagal menyempurnakan sepakan tersebut.
Penjaga Slovakia, Martin Dubravska mudah menepis rembatan Morata yang agak ketengah. Kegagalan itu menjadikan Sepanyol gagal menjaringkan 5 sepakan penalti berturut-turut.
❌ Sergio Ramos
❌ Sergio Ramos
❌ Abel Ruiz
❌ Gerard Moreno
❌ Alvaro MorataSpain have now missed their last five penalties 😬 Spain without the “S”. pic.twitter.com/IFqjEGu15w
— FootyEmporium (@EmporiumFooty) June 23, 2021
Kegagalan tersebut tidak memadam semangat Sepanyol untuk memburu kemenangan pertamanya dalam kejohanan kali ini. Raja possesion ini sekali lagi mudah mendominasi permainan 62:38.
Pada 2 aksi sebelumnya Sepanyol menguasai permainan 75% ketika menentang Sweden dan hampir 70% ketika bertemu Poland, namun Sepanyol hanya meraih keputusan seri.
Pada minit ke-30 Sepanyol membuka jaringan perlawanan melalui jaringan sendiri yang pelik dari Dubravska.
Dubravsa yang tidak dicabar langsung oleh pemain lawan mudah menolak masuk bola ke dalam gawangnya sendiri.
Ia merupakan kesilapan terburuk yang berlaku dalam kejohanan kali ini.
Martin Dubravka. What was that?pic.twitter.com/sL0qpNaB9b
— The Sportsman (@TheSportsman) June 23, 2021
Sepanyol menamatkan babak pertama dengan mendahului Slovakia 2-0 selepas pemain center back, Aymeric Laporte menjaringkan gol pada masa kecederaan.
Kali ini Enrique pasti bangga dengan persembahan anank-anak buahnya, Sepanyol menambah 3 lagi jaringan pada separuh masa ke-2.
Paulo Sarabia menambah luka Slovakia, gol yang berpunca dari hantaran silang Jordi Alba mudah disudahkannya.
Berselang 7 minit giliran Sarabia merencanakan gerakan untuk membolehkan Pau Torres menjaringkan gol ke-4.
Tidak terhenti disitu, Sepanyol terus berpesta gol. Giliran Juraj Kucka pula menjaringkan gol sendiri.
Jaringan minit ke-71 itu meletakan Slovakia pasukan paling teruk dibelasah di Euro 2020.
Slovakia melepaskan peluang mara ke pusingan ke-3 melalui 3rd best place apabila mempunyai perbezaan jaring negatif besar (-5) berbanding Finland (-2) dan Ukraine (-1). Ketiga-tiga pasukan ini meraih 3 mata.
Kemenangan besar Sepanyol gagal memintas Sweden yang menjuarai Kumpulan E. Sweden mengejutkan Poland dalam perlawanan yang menghasilkan 5 jaringan.
Gol dari pemain gantian Viktor Claesson pada minit kecederaan berjaya menewaskan Polang 3-2.
Sepanyol dijadualkan bertemu Croatia pada pusingan seterusnya yang akan dilangsungkn di Glasgow, Scotland. Sementara itu Slovakia akan kemas beg dan pulang.
“Ini adalah perlawanan hebat. Jumlah jaringan (terhasil) meningkatkan keyakinan mereka (Sepanyol). Mereka percaya dengan cara mereka bermain.” kata bekas pemain Sepanyol, Gaizka Mendieta selepas tamat perlawanan
Pemain terbaik: Paulo Sarabia (Sepanyol)