Akhirnya Terbongkar Siapa Bocah Yang Angkat Piala Ini, Semuanya Kerana Alisson

Dalam penyampaian piala semalam, ada seorang budak kecil yang tiba tiba menjulang piala bersama Liverpool. Ramai mulanya ingatkan dia anak kepada pemain Liverpool.

Namun sebenarnya bukan! Dia cumalah anak kecil yang bernama Xiao Mei… eh,

Salah seorang penyokong Cilik Liverpool telah diberi kesempatan emas dan terindah dalam hidupnya selepas beliau diajak meraikan kejayaan The Reds menjulang Piala Carabao Cup hari ini.

Kemuliaan hati Alisson Becker yang mengajak peminat cilik tersebut untuk menjulang Piala Carabao bersama para pemain Liverpool selayaknya dipuji dan dikagumi.

Tidak dinafikan yang Liverpool dan Chelsea mengharungi aksi 120 minit yang cukup sengit dan kedua-dua mereka turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh dasyat.

Pemenang hanya mampu ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti dengan kesemua 22 pemain di atas padang turut terlibat.

Kesemua pemain berjaya menyempurnakan sepakan penalti mereka kecuali, Kepa Arrizabalaga dan kegagalan penjaga gol Chelsea itu secara tak langsung mengesahkan kejuaraan untuk Liverpool.

Caoimhin Kelleher yang telah mempamerkan aksi persembahan mantap sepanjang musim ini berjaya menyempurnakan sepakan penalti terakhir Liverpool, sebelum Kepa merembat bola keluar dari stadium Wembley.

Jordan Henderson sendiri berbangga dengan sumbangan Kelleher dan memastikan bintang muda itu diraikan sepenuhnya atas kejayaan Liverpool menjuarai saingan Carabao Cup musim ini.

Ia jelas sekali malam yang istimewa untuk penjaga gol muda Liverpool itu dan satu hal yang pasti, selain beliau, ia juga merupakan hari yang indah untuk seorang peminat The Reds.

Bahkan peminat Liverpool itu jauh lebih muda berbanding wira Liverpool yang juga merupakan pemain kebangsaan Republic Ireland itu.

Ketika para pemain Liverpool naik ke tangga Wembley untuk mengambil pingat kemenangan, salah seorang peminat cilik berjaya ikut sama para pemain untuk naik ke pentas.

Ayah kepada peminat cilik itu meminta izin kepada Alisson Becker supaya membawa anaknya naik ke pentas bersama kerana itu adalah impian anaknya.

Penjaga gol kebangsaan Brazil itu terus bersetuju dan mendukung peminat cilik itu dari tempat duduk penonton dan membawanya naik ke pentas bersama.

Keindahan sebenar dalam dunia bola sepak dengan semua pemain Liverpool kemudiannya meraikan kemenangan bersama peminat cilik tersebut.

Para pemain Liverpool bahkan turut memberi peluang kepada peminat cilik itu untuk menjulang Piala tersebut di atas pentas bersama mereka.

Selepas perlawanan, Jurgen Klopp menjelaskan tentang situasi tersebut tentang mengapa mereka ada tetamu istimewa di atas pentas.

β€œAli (Alisson) bawa dia bersama dan ayah dia jerit, β€˜Tolong benarkan dia sentuh Piala’.”

Jelas pengurus Liverpool itu.