Akibat Bergaduh Dengan Wonderkid, Alex Telles Dalam Senarai Untuk Dijual

Manchester United bercadang untuk menjual Alex Telles selepas pemain itu bergaduh dengan wonderkid Red Devils, Hannibal Mejbri.

Tindakan Telles itu tidak digemari Ten Hag walaupun masa itu Ten Hag masih belum memulakan tugasannya secara rasmi.

Ianya dianggap bukan contoh yang baik daripada seorang pemain senior kepada pemain muda.

Manchester United kelihatan bersedia untuk menjual salah seorang pemainnya dalam pasaran perpindahan musim panas 2022. Ini selepas mereka hampir pasti mendapatkan Tyrell Malacia dari Feyenoord.

Antara Luke Shaw dan Alex Telles, nama pemain Brazil itu dalam senarai untuk dijual.

Manchester United berhasrat untuk menjual Telles selepas laporan mendakwa pemain itu terlibat dalam pergaduhannya dengan wonderkid, Hannibal Mejbri di padang latihan.

Pergaduhan itu berlaku beberapa hari selepas Manchester United tewas 0-4 kepada Brighton & Hove Albion pada Mei 2022.

Posisi bek kiri bukan masalah besar buat United. Selain daripada Malacia (yang dijangka akan tiba) dengan Luke Shaw, mereka juga memiliki Brandon Williams, dan Alvaro Fernandez.

Selain itu Man United merasakan bahawa, sekarang adalah masa sesuai melepaskan Telles kerana nilai pemain itu masih tinggi. Daripada terus disimpan dan diperam.

Alex Telles menyertai Manchester United pada Oktober 2020 dari Porto dengan yuran pembelian sebanyak £15.4 juta. Dia ketika itu dianggap pembelian penting United berdasarkan rekod kreativiti dan golnya di kelab lama.

Namun Telles ternyata gagal merampas tempat daripda Luke Shaw sebagai pilihan utama. Dia hanya bermain lebih kerap selepas Shaw cedera.

Telles membuat 21 penampilan untuk Manchester United dalam Liga Perdana 2021-2022.

Manakala pada Liga Juara-Juara 2021-2022, Telles hanya muncul 4 kali sahaja.

Manchester United masih cuba menyelesaikan beberapa urusan perpindahan lagi. Ini termasuk De Jong yang masih dalam radar Man United.

Pemain itu dilaporkan tidak setuju dipotong gaji di Barca. Ianya membuka harapan sekali lagi kepada United untuk mendapatkannya selepas Laporta sebelum ini menyatakan Barcelona tak mahu menjual De Jong ke Man United.

Baca yang lain