Sebelum sepak mula kejohanan Phillipe Troussier menjadikan Indonesia sebagai sasaran untuk lubuk 3 mata.
Dan dia menegaskan bahawa mereka yakin akan menewaskan pasukan Garuda.
Selepas kekalahan di tangan Jepun, bintang Vietnam, Nguyen Van Truong turut menganggap aksi menentang Indonesia sebagai wajib menang.
Dia turut menegaskan bahawa pasukan mereka sangat tenang dan santai ketika mempersiapkan diri menentang Indonesia.
Dia turut memberikan amaran kepada pemain Indonesia agar tidak membuat perkara yang bukan bukan kerana Piala Asia kali ini ada VAR
Namun pada aksi sebenar, sebaliknya yang berlaku. Di mana Vietnam yang menjadi lubuk 3 mata Indonesia.
Dan seorang pemain mereka dibuang padang pada masa kecederaan kerana tindakan bukan bukan.
Indonesia beraksi sangat baik dalam perlawanan ini. Dan mencipta lebih banyak peluang gol berbanding Vietnam.
Indonesia melakukan 6 percubaan ke gawang Vietnam berbanding hanya 11 oleh Vietnam.
Daripada jumlah itu 5 percubaan Indonesia adalah on target dam 3 untuk Vietnam.
Jaringan tunggal Asnawi Mangkualam menerusi sepaka penalti pada minit ke-42 telah berjaya memberikan 3 mata berharga buat Indonesia. Yang kini berpeluang untuk mara ke pusingan kalah mati.
FT | 🇻🇳 Vietnam 0️⃣-1️⃣ Indonesia 🇮🇩
✨ This is what dreams are made of. Indonesia prevail in this epic encounter!#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #VIEvIDN pic.twitter.com/mtDkeS8tXN
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 19, 2024