Akibat Krisis Pasaran Matawang Kripto, Bezos Dan Elon Musk Rugi RM188.81 Billion Je

Dalam beberapa bulan ini berlaku susut harga pada nilai pasaran matawaang kripto. Di mana berlaku kerugian sekitar $1 trillion dalam pasaran kripto,

Ini selepas beberapa negara telah menyekat penggunaan matawang kripto serta melakukan beberapa perubahan dasar.

Bursa pasaran matawang kripto turut menunjukkan ianya bergara perlahan. Dan minggu lalu adalah paling teruk sejak pandemik melanda.

Netflix, Peloton antara syarikat besar yang terkesan kerananya. Nilai pasaran Peloton berada di bawah paras harga IPO.

Menuurt laporan Independent, CEO Tesla, Elon Musk dan billinaire Amazon, Jeff Bezos turut mengalami kerugian kerana berlakunya susut harga pada nilai mawatang kripto.

Walaupun mereka masih kaya raya namu Musk berhadapan dengan kerugian sekitar $25.1 billion kerana isu tersebut.

Sementara itu Jeff Bezos pula mengalami kerugian $20 billion sahaja. Jadi kedua dua mereka menanggung kerugian sekitar $45.1 billion ataupun RM188.81 billion sahaja.

Mungkin bagi orang lain kehilangan wang sebanyak itu boleh membuatkan mereka muflis ataupun terkena tekanan emosi melampau.

Namun untuk dua orang terkaya di dunia itu, mereka kekal tenang.

Elon Musk dan Jeff Bezos masih tidak perlu menekan butang panik dengan menghubungi Megah Holding untuk mendapatkan bantuan papa. Kerana tidak mahu perkara ini mengganggu bisnes papa.

Musk masih memiliki nilai kekayaan $243.4 billion sebagai manusia terkaya.

Dan Jeff Bezos masih memiliki $167.6 billion selaku orang kedua terkaya di dunia.

Selain daripada dua orang tersebut, Changpeng Zhao dari Binance turut mengalami kerugian $17.7 billion serta pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pula rugi $10.4 billion kerana kejatuhan matawang kripto.

Jadi korang tau taulah lepas ni perangai si Zuckerberg tu kalau dia tertekan, makin gila dia nak ban orang di Facebook.

Berdasarkan laporan, Bitcoin selaku matawang kripto paling utama mengalami kejatuhan 16.8% dalam beberapa minggu ini. Matawang kripto kedua paling berkuasa iaitu Ethereum pula susut 25%.

Menurut Forbes, kejatuhan matawang kripto flagship seperti Bitcoin membuatkan matawang kripto lain terus membuatkan pelabur semakin gusar untuk melabur. Keyakinan mereka semakin menipis.

Penganalisis Forbes tidak pasti sampai bila agaknya trend ini akan berlarutan.