Media di UK melaporkan bahawa, hubungan antara Tuchel dan pemilik Chelsea Todd Boehly dilaporkan mulai retak apabila pengurus itu menentang pembelian Cristiano Ronaldo.
Ia bukanlah sebab secara langsung kepada pemecatan Tuchel. Namun jelas ia adalah sebab tidak langsung. Ini kerana, keengganan Tuchel menerima idea pembelian Ronaldo telah membuatkan hubungannya dengan pemilik kelab jadi dingin.
Pengurus berusia 49 tahun itu dipecat pada hari Rabu berikutan kekalahan 1-0 kepada Dinamo Zagreb dalam Liga Juara-Juara Eropah.
TERKINI: Tuchel Dipecat Selepas Kekalahan Di Tangan Dinamo Zagreb
Chelsea telah memulakan musim ini dengan tiga kekalahan dan kini berada di tangga keenam dalam carta liga. Pemecatan Tuchel dianggap keputusan yang sangat mengejutkan kerana terlalu awal.
Selain daripada isu perbelanjaan GBP300 juta yang sudah diberikan kepada Tuchel, pemilik kelab Chelsea, Todd Boehly juga dikatakan kecewa kerana Tuchel enggan menerima Ronaldo di dalam pasukannya. Meskipun Chelsea kehilangan Lukaku dan Werner pada satu jendela perpindahan yang sama.
Ronaldo dianggap solusi kepada masalah serangan Chelsea. Dan Chelsea menepati aspirasi Ronaldo yang mahu beraksi di UCL.
Bagi Todd Boehly pembelian Ronaldo akan menguntungkan kelab dari segi komersial.
Ejen Ronaldo dilaporkan sudah berbincang sendiri dengan Boehly dan menawarkan kliennya itu kepada Chelsea. Namun akhirnya idea itu ditentang Tuchel.
Dia sebaliknya mendesak Pierre-Emerick Aubameyang, yang sebelum ini bekerjasama dengannya di Borussia Dortmund.
Menurut Christian Falk, Tuchel memberilkan pandangan yang agak keras kepada Boehly tentang Ronaldo.
Dia dilaporkan memberitahu Boehly: “Dia [Ronaldo] akan memusnahkan semangat di bilik persalinan saya.”
TRUE✅ the fact that Thomas Tuchel resisted buying @Cristiano Ronaldo was one reason for the bad relationship with Todd Boehly. Boehly wanted Ronaldo. Tuchel said: „He will distroy the Spirit in my dressing room“ @BILD_Sport
— Christian Falk (@cfbayern) September 7, 2022
Ronaldo menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan tetapi United pada musim lalu.
Pendapat Tuchel tentang Ronaldo itu telah membuatkan Boehly mulai tidak sehaluan dengannya.
Boehly kemudian kecewa dengan komen terbuka Tuchel yang meminta kelab menandatangani pemain baharu termasuk pemain penyerang. Ini kerana Boehly sebenarnya memang mahu membeli penyerang untuk Tuchel dan orang itu ialah Cristiano Ronaldo.
Chelsea kenudian menukar sasaran keapda Benjamin Sesko. Rundingan itu telah dipintas oleh RB Leipzig.
Dengan kegagalan Chelsea mendapatkan hasil lebih baik dalam beberapa perlawanan awal musim ini, akhirnya Todd Boehly memecat Tuchel.
Atas alasan, ini adalah waktu terbaik untuk membuat perubahan di dalam pasukan.