Real Madrid dilaporkan sedia untuk menjual Vinicius Jr ke kelab Arab Saudi. Ini selepas beberapa kelab Saudi masih berminat dengan pemain antarabangsa Brazil itu.
Madrid mengamalkan polisi yang sama ke atas Vini sebelum ini ketika tawaran dari Saudi tiba untuknya beberapa bulan lalu. Malah ada kelab Saudi sedia membayar gaji mencecah €1 billion kepada pemain itu bagi kontrak €200 juta setahun selama 5 tahun.
Agak menarik kerana Vini menjadi nadi penting Real Madrid dalam beberapa musim ini, atau lebih tepatnya selepas pemergian Karim Benzema. Dia menjadi pesaing untuk anugerah pemain terbaik dunia Ballon d’Or dan FIFA Best.
Tetapi Real Madrid tidak pernah menghalang pemain itu daripada pergi. Memandangkan jika dia pergi posisinya akn diisi oleh Kylian Mbappe yang memang asalnya pemain sayap kiri.
Tetapi Vini enggan meninggalkan Real Maadrid dan mahu terus kekal walaupun akui dia seringkali menangis diserang secara rasis oleh penyokong lawan di La Liga.
Dilaporkan bahawa, kelab Saudi masih berminat dengan Vinicius Jr. Real Madrid sedia melepaskan pemain itu jika dia mahu ke sana.
Dan dengan wang yang mereka dapat daripada perpindahan tersebut, Real Madrid mahu mendapatkan Erling Haaland dari Man City. Ia dianggap plan B untuk Madrid ketika ini.
Haaland sudah lama dikaitkan dengan Real Madrid dan kelab itu masih memantau perkembangannya sehingga ke hari ini. Haaland beberapa bulan lalu sudah melanjutkan kontrak jangka panjang dengan City.
Tetapi Real Madrid tetap berminat dengan pemain itu. Kontrak semasa Vini Jr akan berakhir pada 2027. Real Madrid akan mempertimbangkan jika ada tawaran besar diterima untuk membeli pemain itu.
Baru baru ini Florentino Perez cuba mengurangkan beban bil gaji pemain di Real Madrid. Perez tidak gembira tindakan Vini yang dikatakan mahu meminta gaji yang sama dengan Mbappe atau Jude Bellingham yang menjadi dua penerima gaji tertinggi di kelab itu.
Vinicius sebelum ini dilaporkan telah menangguhkan rundingan kontrak baharu dengan Real Madrid kerana tidak berpuas hati dengan gaji ditawarkan kepadanya.
🚨🇸🇦 Several executives and agents from the Bundesliga and across Europe, who are directly or indirectly connected to Real Madrid, are aware that a summer move for #Vinicius Jr. to Saudi Arabia is not entirely off the table. The Saudis continue to dream of pulling off this XXL… pic.twitter.com/aZEqRUwLFI
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) April 13, 2025
Perez sudah menyatakan sebelum ini bahawa Vinicius Jr bukan bintang utama kelab itu tetapi Kylian Mbappe. Yang memiliki kuasa publisiti dan pengaruh lebih kuat.
Baru baru ini, Ancelotti secara terbuka melantik Mbappe sebagai pelaksana sepakan penalti utama Real Madrid selepas Vini yang dikatakan seringkali memintas pemain itu untuk tugasan penalti.
Real Madrid menjangkakan, ada kelab Arab yang sanggup membayar €300 juta untuk Vini. Memandangkan ada tawaran gaji yang mencecah €1 billion tanpa sebarang cukai.
Jadi, pada ketika ini Florentino Perez hantar mesej jelas kepada Vinicius, kelab tak akan melayan karenah pemain itu meminta gaji lebih €400 ribu seminggu di Bernabeu.
Laporan Sky Jerman mendedahkan bahawa Real Madrid kini kembali memantau Erling Haaland secara lebih dekat seekali lagi. Sebagai rekod pemain antarabangsa Norway itu memiliki kontrak baharu sehingga 2034 di Etihad.
Dan City mungkin akan meminta sehingga €200 juta untuk perpindahan pemain itu.