Internet adalah tempat yang indah yang penuh dengan maklumat yang korang boleh dapat daripada perpustakaan maya terbesar di dunia.
Oleh kerana sifatnya yang terbuka dan penuh dengan informasi. Oleh itu ramai pengguna yang ambil mudah soal keselamatan dan tidak berhati hati.
Malah lebih teruk, ramai yang terpedaya dengan scammer dan serangan virus malware, phising serta bermacam lagi.
Walaupun kita mendengar banyak kes scam di Malaysia, namun Microsoft mengeluarkan data 2019 menyatakan bahawa negara kita antara yang paling bijak dalam dunia maya dan sukar diperdaya scammer.
Laporan itu menunjukkan bahawa, Asia Pasifik telah mengalami serangan yang jauh lebih tinggi daripada mana mana negara lain di seluruh dunia dengan kadar sekitar 1.6 hingga 1.7 kali lebih tinggi daripada negara lain.
Rakyat Malaysia lebih bijak
Manakala, Malaysia mengalami penurunan sebanyak 36 peratus untuk serangan malware. Manakala untuk serangan ransomware pula, negara kita mengalami penurunan 40 peratus.
Singapura dan Hong Kong, sebaliknya kelihatan agak kritikal dan kelihatan rapuh.
Kedua-dua negara menyaksikan jumlah serangan siber tertinggi pada tahun 2019, tiga kali ganda dari purata serantau dan global.
Microsoft percaya ini kerana kedua-dua negara tersebut adalah hub perniagaan dan merupakan lombong emas untuk pencuri data.
Selain itu hacker telah mengalihkan perhatian kepada negara yang lebih mudah discam. Untuk penjenayah siber yang ada di sekitar, mereka memilih Singapura berbanding dengan Malaysia.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr. Haji Amirudin mengatakan, “Walaupun pengurangan jumlah serangan siber ini berlaku, namun ia tetap menjadi ancaman serius bagi organisasi di seluruh Malaysia.”
“Dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pada bulan Mac lalu, kami melihat trend peralihan kepada pekerjaan dari jarak jauh /dari rumah.”
“Orang Malaysia memanfaatkan teknologi untuk memastikan kesinambungan perniagaan mereka.”
“Ini secara serentak menuntut keprihatinan yang lebih tinggi terhadap keselamatan siber, yang telah dipandang serius oleh banyak organisasi. ”
Namun, penggodam telah menukar taktik. Di mana mereka memburu mangsa dengan bermodalkan ketakutan orang ramai kepada virus.
Data pasukan Perlindungan Perisikan Microsoft menunjukkan bahawa setiap negara di dunia telah melihat sekurang-kurangnya satu serangan yang berkaitan dengan coronavirus.
Ia serupa dengan serangan atau penipuan phishing yang lain, tetapi melibatkan coronavirus.
Pegawai Teknologi Nasional Microsoft Malaysia Dr. Dzahar Mansor berkata, “Menurut data kami, kami mendapati bahawa ancaman bertemakan COVID-19 kebanyakannya mereka mengulangkaji semula serangan mereka yang ada.”
“Ianya sedikit diubah untuk dikaitkan dengan pandemik.”
“Ini bermaksud bahawa penyerang telah memutar infrastruktur yang ada, seperti ransomware, phishing, dan alat penyampaian perisian serangan siber yang lain untuk memasukkan kata kunci COVID-19, untuk mengambil kesempatan di atas ketakutan orang lain.”
“Setelah pengguna mengklik pautan berbahaya ini, penyerang dapat menyusup ke rangkaian, mencuri maklumat, dan membuat wang daripada serangan itu.”
Microsoft juga telah menyenaraikan panduan untuk perniagaan dan individu untuk melindungi diri dari serangan ini.
Syabas kepada rakyat Malaysia yang semakin bijak di alam maya. Terima kasih juga kepada kerajaan menerusi badan seperti SKMM yang sentiasa memberikan kesedaran berterusan tentang bahaya jenayah siber.
Rujukan: Mashable