Akibat Ramai Tertekan & Mahu Bersara, SENIMAN Buat Laporan Polis

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mengesahkan bahawa mereka telah membuat laporan polis.

Dalam kenyataan mereka SENIMAN berkata: “Pihak SENIMAN telah membuat laporan polis melalui wakilnya terhadap seorang artis yang membuat video hasutan dan kencaman terhadap industri seni malaysia.

Melalui video berkenaan artis tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai penggiat seni terutamanya artis terguris dengan kenyataan dari video itu.

Segala usaha baik penggiat seni untuk membantu penggiat seni yang lain dalam perintah kawalan pegerakan (pkp) telah menjadi teruk dan di pandang negatif oleh netizen atas hasutan artis tersebut melalui video berkenaan.

Mohon jasa baik artis artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan suruhanjaya multimedia malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu supaya dalam keadaan kritikal.

Ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner utk menghapuskan covid 19 dari menghasut masyarakat untuk membuat pekara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam.

Terima kasih.”

Ramai tertekan, nak bersara

Dipetik dari sumber MStar Online pula, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi menyatakan ramai artis yang tertekan dengan kenyataan Zarina Anjoulie.

Ada yang mengancam mahu bersara dek kerana tekanan yang melampau.

Zed Zaidi berkata Zarina Anjoulie telah melakukan hasutan sehingga ramai selebriti dikecam.

“Laporan polis itu dibuat oleh Ahli Jawankuasa Seniman dan ahli-ahli lain yang bersepakat kerana video hasutan yang hasilkan oleh selebriti itu menyebabkan industri seni dikecam netizen.”

“Gara-gara video tersebut, masyarakat salah faham dan mula menghentam anak seni Malaysia dan ini merupakan satu tindakan tidak wajar bermula daripada video yang dimuat naik oleh selebriti ini.”

Selain itu Zed Zaidi menuduh Zarina Anjoulie sebagai punca warganet berbalah.

“Dia menjadi punca sehingga netizen berbalah dan memberi kesan kepada artis. Malah, mereka juga terguris hati dengan kenyataan individu dalam video tersebut.”

“Laporan polis itu dibuat mengikut prosedur berlandaskan akta yang ada dan kita pun memang tak sebut nama di Instagram kerana biarlah semua orang menilai siapa wanita itu. Rasanya semua orang dapat meneka siapa selebriti itu.

“Sejujurnya daripada awal saya bersikap neutral dalam hal ini, tapi jika ahli sebulat suara merasakan ini keputusan terbaik, saya menyokong.”

“Video yang dimuat naik oleh individu itu menyebabkan ada anak seni yang tertekan… ramai yang hubungi saya menangis, rasa terhina dan kata nak bersara.”

“Mereka ini bukan dalam golongan 10 peratus yang berjaya, tetapi mereka ini adalah antara 90 peratus yang masih memerlukan bantuan untuk hidup.”

“Dalam keadaan sekarang ni sepatutnya kita semua bersatu hati dan sepakat untuk membantu antara satu sama lain dan bukan berbalah begini,” katanya lagi.

Beberapa hari lalu Zarina Anjoulie menembak golongan artis – tanpa menamakan mereka – kerana terhegeh hegeh nak meminta bantuan khas Covid-19 daripada kerajaan.

Kenyataan menerusi rakaman  video itu dikongsi ramai dan netizen menyokong Zarina.

Kemudian, Zarina Anjoulie mendedahkan beberapa artis cuba menjatuhkannya menerusi telegram.

Tangkap layar perbualan telegram tersebut turut menjadi tular dan membuatkan ramai netizen semakin menyokong Zarina Anjoulie.

Ini apabila ada artis yang mereka sifatkan telah memperlekehkan frontliner dan netizen tak ubah seperti lembu.

Malah artis arties ini menuduh netizen adalah cybertrooper Zarina. Dan mereka mahu mengambil tindakan perundangan ke atas Zarina Anjoulie.

Pelakon popular, Bront Palarae pula menasihatkan agar SENIMAN menyelesaikan masalah ini secara dalaman.

Sebab masa ini, banyak lagi kerja yang polis nak buat untuk mengawal PKP.

Rujukan tambahan: SENIMAN / MStar