Akibat Sengal Sahut Cabaran Jilat Tandas, Terus Dapat Koronavirus

Ingat lagi tak sebelum ni ada seorang perempuan yang mencipta satu cabaran baharu di TikTok iaitu cabaran menjilat tandas awam.

Wanita bermana Ava Louise itu melakukannya di dalam kapal terbang katanya, dan dia memuji tahap kebersihan tandas kapal terbang.

Tak lama selepas itu, wanita itu mahu menjadi presiden pula.

https://youtu.be/UCaHG4FqLek

Cabaran itu disahut seorang pengguna media sosial bernama GayShawnMendes, yang mengambil tempat dalam cabara dipanggil ā€˜Coronavirus challengeā€™.

Dia telah menyerlahkan kesengalannya dengan menjilat tandas. Namun malangnya apabila dia benar benar disahkan mengidap koronavirus.

Sebelum akaun Twitternya digantung / suspended, GayShawnMendes dilaporkan sempat memuat naik status,ā€Saya disahkan positif koronavirus.ā€

Cabaran itu bermula di TikTok di mana mereka saling mencabar untuk menjilat apa sahaja objek termasuk mangkuk tandas.

Semalam saya ada tulis seorang remaja menjilat ubat ketiak dan dikenakan pertuduhan akta keganasan kerana kelakuannya mengancam dan memberikan mudarat kepada kesihatan awam.

GayShawnMendes telah disahkan positif Covid-19.

Namun tak pasti kerana dia menjilat tandas itu ke tak. Tetapi kelakuannya itu memang boleh mengundang kepada jangkitan virus.

Profesor di Universiti Los Angeles (UCLA), James Llyod Smith, mendedahkan koronavirus sangat bahaya.

Dan ianya boleh berjangkit dengan sangat mudah, walapun dengan sentuhan/kontak yang paling minima.

Oleh sebab itu dinasihatkan untuk sentiasa mencuci tangan. Ini kerana manusia akan menyentuh muka mereka beribu kali dalam sehari dengan tangan mereka.

Ava Louise menjilat tandas yang dah diclorox

Paling pedih buat GayShawnMendes, apabila pencetus cabaran itu iaitu, Ava Louise mendedahkan dia sudah menyental clorx terlebih dahulu di permukaan mangkuk tandas sebelum menjilatnya.

GayShawnMendes pula melakukannya tanpa diclorox terlebih dahulu. Adoi.

Ava Louise mendedahkan perkara itu selepas dikecam dan dituduh pengotor dan memalukan manusia di bumi.

NamunĀ  Ava tak peduli kerana dia kata dia seorang yang kaya dengan membuat benda bodoh seperti itu. Lantaklah katanya.

Walaupun hanya membuat benda bodoh seperti itu, Ava Louise dilaporkan berjaya mendapat sekitar USD4,000 dollar. Itu bersamaan dengan lebih RM16,000.

Louise mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam satu temuramah dengan Dr. Phil. Ava Louise gembira kerana berjaya memberitahu dunia bahawa tandas kapal terbang sangat bersih. Euwwwwā€¦.

Panjang panjang kita cerita pasal Ava ni, si GayShawnMendes ni macamana?

Ramai pengguna media sosial menyatakan mereka tak tahu nak simpati ke nak ketawa. Walaupun tak pasti punca dia terkena koronavirus daripada tandas itu, tetapi dia sendiri meminta koronavirus itu datang dengan cabaran dipanggil Coronavirus Challenge.

Korang jangan pula menyahut cabaran ini. Dan jangan lupa ingatkan anak anak remaja korang tentang perkara ini. Benda ni nampak remeh, tetapi ramai juga bebudak TikTok ni sanggup try.